Friday, June 19, 2015

Aksara

Fuhh dah lama sangat dah aku tak menari dekat sini. Bila aku belek balik apa yang aku dah pernah kongsi dekat sini aku rasa sekejapnya masa berlalu. Dari bujang, bertunang dan dah kahwin dannnn dah jadi seorang mummy monster. Alhamdulillah. Allah bagi peluang. Nak cerita pasal anak dekat sini aku pun tak rasa nak bercerita lagi. Nantilah aku tolong sum up je semua sekali. Hahahaha punyalah pemalas. Well tu masih tak berubah lagi.

For almost 2 years tak menepek dekat sini. Last menepek pun pasal kahwin. aku ingatkan tak adalah siapa yang berminat, tapi rupanya ada yang memerhati. I know who you are :) So kat sini aku update lagi untuk sengaja lah kot nak bagitau. Wakakaka dah ko yang nk sangat tahu sampai stalk bagai. Aku tolong kau buat kerja dengan lebih mudah ajelah :)

Living in a marriage life and juggle my times between work, husband and daughter sangatlah mencabar. Dah berpuluh round aku naik roller coaster ni tapi perjalanan dia semua banyak loop. kihkihkihkih. Tak sah lah kan kalau asyik mendatar je, bosan jugak. Tapi asyik loops je aku pun pening daaa. Tengah mencari jugak ni jalan lurus dok loops je aku dah nak muntah.

Tapi serius wa cakap lu, wa rindu nak ber blog. Sebab aku suka menulis. Dulu kalau tak ada siapa yang nak dengar aku bebel, aku tulis semua dekat blog. Tapi sekarang kena berahsia sikit, takut ade yang tengok kang berdarah pulak ke, keluar ayat pasrah menyerah ke. Takmo takmo takmo~

Mungkin aku patut bukak blog baru dan buat diri sebagai identiti rahsia. Tapi....zaman sekarang susah lah orang nk baca blog! Tapi yelah aku buat blog ni pun bukan nk kejar trafik. Dan aku punya pendapatan haruslah bukan dari blog, so jemah tak kesah. Nantilah kalau aku ada rasa nak cerita aku ceritalah. Ada masa lebih aku buat blog baru, masquerade gitcheww!

Anyway nantilah eh. Aku saja nk warm up je dulu. hehuuu~

No comments: