Monday, November 25, 2013

Alhamdulillah, seorang ISTERI :')

Salam semua.

Alhamdulillah, pada 23 November yang lepas ahaaaa sudah selamatlah daku menjadi seorang isteri. kejap kejap, what!!!! ye saya. menjadi seorang ISTERI kepada seorang SUAMI, Taufik. Hahahaha! Masih tak percaya sebenarnya. tapi Alhamdulillah syukur sangat sebab Allah masih panjangkan usia untuk aku rasa menjadi seorang isteri.

Dengan sekali lafaz, dengan berwalikan my daddy cool. Even keras kejung hasben ai masa tazkirah akad nikah (nerves melampau sebab takut kena soalan bukan bukan) nasib baik dapat soalan yang dia boleh jawab dengan tenang. Hahahaha. Tiga soalan dia dapat *selawat, mengucap dan Al-Fatihah* . nak tulis panjang panjang tak tau nak tulis ape dah. Hiks! over the moon sudah diri.

Anyway, nak ucapkan berjuta juta lemon terima kasih pada yang bekerjasam dalam majlis pernikahan aku aritu. Ibu (banyak ni bertekak dengan dia. huuu) Ayah, Angah, Nana, Boy, Yaya dan Neena. Dan kepada sepupu terkuat terhebat abad ini Syikin!!! Terima kasih banyak banyak babe! Aku berhutang budi terlalu banyak dengan kau. Sobs! Pada kawan kawan yang datang, soulmate, ade yang sanggup ambil cuti untuk datang majlis. Sangat terharu. Kepada sepupu sepapat, makcik pakcik, jiran tetangga eskelator, terima kasih diucapkan. Terlalu gembira kerana masih punya semua semua yang sangatttttttt ambil berat dan ringan tulang. Moga Allah dapat membalas jasa kalian. Alhamdulillah! So, bersanding nya pada 30 November 2013. Jemput datang hokayyy!

wehoooo~~

One of my Soulmate, Darling Lieya.

With aunties and my forever cuzy darling, Syikin.

Miahahahaha :">


Tengok aku ketawa! -..-"

Hello Abg Long! Naik pangkat berkuatkuasa 23/11/13 :p

No comments: