Wednesday, October 30, 2013

Save the date :)

Salam semua.

Ya Ampun..... Majlis tak sampai sebulan lagi tapi blog tergendala. Kahkahkahkah! Aku dah agak dah semua ni akan terjadi -..- Anyway so far preparation dah pun di tahap nak siap. Cuma nak taruk door gift jelah. Kad pun dah settle edar semua.

Banyak dugaan dalam buat kad ni, tapi settle jugak akhirnya. Sekarang aku just nak tempek satu poster save the date. Basically banyak benda semua ni aku yang design. Dari kad kahwin, button badge, poster save the date, bunting, reception thumb stamp (entah belasah je nama dia). Ada satu yang mendapat kolaborasi dari sepupu tersayang, buku himpunan doa.

So, majlis nikah akan berlangsung pada 23 November 2013 dekat rumah aku sendiri. Majlis resepsi sebelah perempuan pada 30 November 2013 dan majlis bertandang sebelah lelaki pada 8 Disember 2013. Majlis honeymoon pada...... ah, tak payah. HAHAHAHA!


Resepsi Perempuan


Bertandang

Kartun tu harus! hahaha tu trademark aku. Ni watak yang aku lukis sendiri untuk komik kitorang dulu. kalau lah ade yang berminat nak amik dekat aku untuk buat kad kahwin, design poster, buku himpunan doa boleh je contact aku. Harga murah punya, sebab aku pun tahu kan korang nak kahwin mesti ada budget :)

so tunggulah kalau aku rajin, aku update untuk preparation KAD KAHWIN yang paling leceh dalam dunia! Hahahahaha.

No comments: