Thursday, September 26, 2013

Preparation #2 :Booking for OV,OP dan MUA

Salam semua.

Kali ni aku nak update pasal booking untuk OP (Official Photographer), OV (Official Videographer) dan MUA (Make Up Artist).

Perlu dijelaskan aku punya majlis bukan yang jenis grand. Dan aku bukan anak orang kaya yang punya duit berjuta juta yang sanggup habiskan berpuluh puluh ribu pembaziran untuk majlis kahwin.Makanya aku ada budget aku yang tersendiri. Yelah, memang nak seronok cantik. Tapi lepastu hidup duduk bawah jambatan? Hahaha. Sebelum aku merepek ke laut, marilah kita cekidaut siapa yang bertuah aku pilih.

Untuk OP (Official Photographer), aku pilih Pause and Play Production. Korang boleh usha sendiri artwork yang dia pernah buat dalam FB tu (memang tak banyak update -..-) Aku pernah tengok gambar gambar dia. Dan secara peribadinya, aku suka. Dan dan, dia ni kawan baik tunang aku. So? Kalau gambar dah cantik, ape lagi gunakan khidmat beliau sehabis baik! (Bukan dapat free okey. Business is business) Hahaha. Or korang boleh je terus direct dekat tuan punya bisnes ni Ridzuan@Wan

Ni pakej yang ditawarkan;



Mula mula aku bercadang nak ambil dua orang OP. Tapi atas nasihat kawan aku sendiri yang seorang OP dia cakap tak payah. Satu bazir duit, satu lagi takut OP kau bergaduh pulak nanti. HAHAHA. yelah, orang ni kita upah jadi OP dia pon nak gak amik moment kita. Kalau dah sampai dua orang photog yang berbeza nak amik satu momen, tak ke haru nanti. Dan aku memang nak amik member aku seorang ni ha jadi OP (yang mana dia jadi OP aku masa aku bertunang). Tapi aku hormat keputusan dia tak nak atas alasan "Aku nak jadi tetamu, aku nak menghadirkan diri kat majlis BFF aku dengan bakal bini aku". Ok mi, aku tunaikan. Korang boleh jugak cekidaut dia punya facebook. Zulhilmidin Photography.







Untuk OV (Official Videographer) aku jugak ambil dari orang yang sama. Pause and Play jugak. Tapi dia ni ade macam collaboration gitteww dengan Yadzroom Digital Studio. Aku amik untuk nikah sahaja since my dad pun cam kata "Nak buat ape video segala ni?" Hahaha. Aku nak jugak dan bila dah bincang dengan tunang. Aku nak amik untuk nikah. Lafaz akad tu paling penting! Hahahaha. Boleh simpan untuk anak cucu cicit. Yadzroom ni banyak dah amik video. Boleh tengok hasil dia dekat facebook dia. And, diorang ni rajin buat promo. So like diorang di facebook dan tunggulah update :p

Terakhir sekali, MUA (Makeup Artist) aku ade tengok banyak banyak banyakkkkk sangat vendor dan sudah banyak jugak mintak quotation. Tak dinafikan harga makeup lebih mahal dari harga yang lain. Terkujat ade, terkedu pun pernah. Hahaha. Contoh ; Satu sesi berharga RM700. Serius? Serius? *Pengsan*

Jadi janganlah kita membazir (bukan kedekut) ke benda yang tak perlu. Aku lebih rela membazir pada gambar sebab itu kita boleh tatap. Tapi kalau nak murah pun kita kena pandai pilih jugak siapa. Kena tengok portfolio dia. Sebab, makeup ni jugak salah satu punca majlis anda ceria dan tidak. Kalau boleh bila dah tempah MUA tu, mintak dia buat try test cuba segala dulu. Bayar lebih takpelah, janji tak rosak majlis kau.

Untuk yang ini aku tempah pada Adee. Ni facebook beliau Adee. aku kenal dia dari majlis tunang member baik aku. Kawan adik member aku. Haaa, terus jumpa dia chit chat chit chat terus book. Tak cakap banyak. Hahaha. Aku suka hasil dia sebab aku tak suka makeup yang sarat. Cukuplah natural look tapi still cantik. Muka tak bermekap ni, kang letak makeup pelik plak orang. HAHAHA.


Ni member guwa. Lieya. HAHAHA


Apa yang aku tulis dalam blog ni, aku buat ikut turutan. Yang paling mula sampai nanti paling last. Benda benda yang ni kena book awal awal. So, selamat membuat persiapan. :)


*Countdown lagi 2bulan. Gedebuk gedebak*

No comments: