Tuesday, September 17, 2013

Preparation #1 :Venue Majlis

Salam semua.

*Sebelum aku mulakan dengan mana atau apa segala, diingatkan setiap B2B mesti ada satu buku nota. Yang ala ala diary ada kalender bagai tu. Monthly planner kata orang eh? Aku ade pon dapat free dari supplier. (jimat!) setiap survey, setiap apa yang terlintas idea semua haruslah ditulis supaya tak lupa nanti. Yelah, ingatan adalah sangat minima. Lagi lagi nak kahwin, HAHAHA.

Okeh harini aku mulakan dengan pemilihan tempat majlis. Sebelum betul betul pilih nak buat dekat mana, kau kena fikir jugak faktor-faktor kenapa nak buat dekat situ. Apa pros and cons. Dari sekecik kuman sampai sebesar ikan paus. Kena amik kira! Biasanya dua tempatlah kan, Dewan atau Rumah. Sini aku senaraikanlah antara pros and cons

Dewan
  1. Berbumbung secara keseluruhan (P)
  2. Mungkin ada aircond (P)
  3. Sedia semua (P)
  4. Parking Senang (P)
  5. Majlis habis awal (C)
  6. Mahal sedikit (C) - ni kalau nak yang majlis yang biasa memang kira sikitlah
  7. Perlu book awal setahun/ setahun setengah sebelum majlis (C)
  8. Perlu bayar deposit dahulu (C) - kalau jadi sesuatu, dah rugi duit depo
Rumah
  1. Majlis diadakan secara Rewang (P) - tp sekarang selalu buat katering
  2. Jimat kos (P) - tapi kadang kadang lebih kurang jugak dengan dewan. Depends hiasan kau
  3. Tak perlu siap awal awal sangat sebab nak ke dewan. (P) - HAHAHAHA
  4. Majlis boleh delayed lama sikit (P) - ikut catering jugaklah kan kadang kadang.
  5. Penat (C) - Selepas majlis. Sebab ada yang tak suka leceh.
  6. Kena fikir cuaca. (C) - Hujan panas semua kena amik kira
  7. Jiran jiran (C) ada jiran yang tak suka kau blok jalan depan rumah dia
etc etc etc

Dan, juga ada faktor yang kena amik berat bila nak pilih ni jugak selain pros and cons tu

Faktor
  1. Bajet (Paling penting!)
  2. Kapasiti jemputan
  3. Siapa tetamu yang hadir (Ada VVIP kah?)
  4. Kemudahan (Surau, tandas, parking. bla bla bla )
  5. Lokasi (jangan yang susah sangat, nanti orang sesat. Jangan ikut kepala sendiri je, fikir orang jugak)
  6. Buffet/Dome?
etc etc etc

Dan keputusan aku, DEWAN. Aku okey untuk mana mana tapi, memandangkan majlis aku nanti takut pulak hujan. Dah sudah, kesian tetamu basah. Dari nak datang tak nak datang sebab hujan. So aku pun start survey on dewan. Dewan mana yang sesuai. Ayah aku ada suarakan nak buat di dewan Serbaguna Pusat Komuniti TTDI. Tapi malangnya penuh. Kot ade yang nak buat kan, ni details:


Pusat Komuniti Taman Tun Dr. Ismail,
Lorong Burhanuddin Helmi 8, Taman Tun Dr. Ismail, 60000 Kuala Lumpur
03-77287591 - En. Mohd Latiff bin Karim


 Untuk makluman, kalau nak tempah dewan Serbaguna Pusat Komuniti (Tak kiralah dimana) kena tempah awal setahun sebelum. So aku ni kiranya dah lewat sangat.  Dan, Next!

Dewan Seri Endon, Putrajaya.

Dengar nama pun tahu mahal kan? Haah, memang mahal pun tapi tempat dia memang lawa. Sewa dewan kalau guna caterer dia yang berharga RM45++ satu kepala ialah RM5k. Kalau guna caterer sendiri sewa dewan dalam RM8k. Dan lagipun tarikh yang aku nak takde, dia ada satu je availability untuk bulan 12/2013. Memang ndak mahu! hahaha.



Tapi maybe ada yang nak try test cuba ke kan, ni haa details:
Dewan Seri Endon Putrajaya, Presint 8
03-88840300

Dewan Jubli Perak, Shah Alam.

Dewan ni memang sangat berkenan sangat menjadi pujaan hati. Terus book dan kena tunggu surat dari pihak berwajib (sebarang tempahan mesti melalui web dia. daftar segala dan book tarikh). Sewa dia RM2700 + Deposit RM1000 + RM1300 (Cleaning)- rate berbeza ikut nak bawak sendiri caterer atau pakai dia punya. Tunggu punya tunggu surat, sekali dia kata tak boleh. Sebab tarikh tu dah ada orang book. Tiba tiba ada orang. Lagipun kalau dewan macam ni kat Shah Alam, kalau ada majlis keraian dari kerajaan, dia akan cancel kau punya reservation macam tu aje T__T


 untuk maklumat lanjut klik sini


So, marilah beralih ke dewan yang terakhir.


Dewan Felda Gemilang Kelana Jaya


Dan akhirnya ku jumpa dewan yang sesuai. Lega tak terkata. Dewan Gemilang Kelana Jaya yang menjadi pilihan. Dah tak ada tempat sebab semua fully booked. Ade pun tarikh tak mau sebab parents tak nak awal awal sangat, diorang siap kata buat ajelah tahun depan. NEHI! hahahaha. So ada lah dapat satu tarikh yang berkenan di jiwa ayah. 30 November 2013. Sebabnya dia taknak Ahad. So hujung tu lah yang hade nye sabtu. Kapasiti dewan boleh muat dalam 400-500 orang satu satu masa. Lagipun buat style buffet. Dan jemputan tak banyak 700-800 orang sahaja. Just make it simple cukup :)

Dewan dia tak besar sangat pun, nampak macam besar dalam gambar. Tapi dia cute and cozy. Kalau besar sangat, karang yang nun kat belakang tak nampak pelamin whatsoever yadda yadda.





Harga yang dia bagi untuk dewan sahaja tak ada rasanya. Sebab dia terus bagi pakej yang bermula dari RM27++ untuk satu kepala. Harga ni termasuk dengan PA sistem, bilik persalinan, meja beradap, pelamin, hiasan, kerusi meja, meja hadiah, meja tetamu, dan banyak lagi (kecuali baju). So bila difikirkan sekali harung semua dengan harga macam tu. Murah  jugaklah! Fully carpet dan aircond. Memang perfect! 


So itulah dia perjalanan nak menempah dewan. Memang penat jugaklah walaupun google je HAHAHA. so peringatan ye, sila tempah dewan awal SETAHUN dari tarikh bersanding. :) Apa apa boleh drop comment. Ciao~

No comments: