Thursday, July 11, 2013

Cerita Tentang Dulang Hantaran

Salam semua. Salam Ramadhan :D

Dah lama tak menulis. Nak kata sibuk dengan persiapan, bolehlah. Kebanyakannya sakit kepala je. Hahaha fikirkan apa apa itu ini takut ada yang tak cukup. Aku banyak jugak jalan jalan dekat blog B2B lain nak tengok macam mana diorang susun semua jadual. Sangat berguna. Terima kasih :)

Tapi aku bukan nak tulis pasal persiapan aku. Bukan tak nak berkongsi cuma, entah kenapa tak tertulis pun. Tinggal lagi beberapa bulan je. Aku nak bercakap perihal barangan atas dulang hantaran. Banyak jugak aku tengok bukan kemain mewahnya barang atas tu! Seolah macam hari tu hari terakhir yang kau boleh bagi hadiah mahal mahal. In the other words, show off? Maybe?

Sepatutnya bagi apa yang mampu. Bukan perlu semua segala benda nak kena yang mahal mahal berjenama. Kalau berjenama, kau mampu terpulang. Tapi jangan sampai melampau mahalnya. Seiring lah dengan kemampuan kau. Kalau kau bebetul mampu beli barangan mahal tanpa garu kepala (kalau dah memang kerja gaji banyak, suka hati kau). Ini ada sesetengah sampaikan nak bagi barang berjenama punya pasal (sebab nak orang pandang, wowwwwww beg dia Chanel, bagi iPhone5s....bla bla bla) ape kau dapat? kepuasan orang memuji? okey. Kau dapat tu satu, dan kemudian kau yang sengsara?

Atas dulang tu sekadar hadiah. Apa yang kau mampu, bukan nak menunjuk. Cukuplah sekadar satu dua barangan yang mahal mahal. Kahwin nak seronok, bukan nak mencekik! Pernah fikir poket dia bocor besar mana sebab nak puaskan kehendak hati kau? Kalau nak pon kan, belilah sendiri. Kenapa nak harapkan orang bagi? Jangan terlalu berharap, nanti kau sendiri sakit hati.

Kalau nak bagi jugak hadiah berjenama, pandailah kau kena cari harga yang murah tapi masih barang yang sama. Dalam berbelanja, kena bijak :) Pasti ada sales kat mana  mana untuk barang berjenama kau tu. Kau boleh dapat benda yang sama harga RM1000 untuk harga RM300. Trust me, there is. Aku dah pernah buat. Janganlah sampai beli barang tiruan, sebab nak jenama dia. So not cool ok.

Lagipun bukan kau tak boleh bagi kemudian hari selain dari hari kau nikah kan? Lagi romantik aku rasa kalau bagi tanpa dia tahu. Kenapa? Nanti tak dapatlah nak tunjuk dekat semu orang bakal kau mampu bagi hadiah mahal yewwwwww. Macam tu? Tengok niat pun dah nak terbalikkan orang, mesti susah nanti. Sekadar yang mampu, ingat. SEKADAR YANG MAMPU. :)

No comments: