Saturday, April 13, 2013

Tak sama.

Bila kaki mula melangkah setapak,
kehadapan,
Seolah semua atmosfera berubah,
paradigma semua beranjak,
tak lagi sama,
lain.

Burung tak lagi menyanyi,
bayu tak lagi menyapa,
Ku toleh sekeliling,
Sama.
Tapi semuanya berubah.
Letak duduk semua masih
sama.
Tapi lain.

Mentari tak kurasakan
sama menyinar,
hangatnya tak menyengat
Aku hanya melangkah setapak
ke hadapan.
tapi perubahannya
Ketara.
mengapa?

Langkah tak lagi seiring,
berhenti di suatu simpang,
berbeza haluan yang di ambil,
drastik keputusan itu.

Jenuh memikir jawapan,
bagi soalan KENAPA.
Berhenti angin menderu
tika soalan ditanya,
Sendiri dibiar sepi
sendiri terkapai lemas dalam soalan.
Kenapa?

Kenapa, kenapa.
sehingga sekarang.
Aku masih menampi.
sehingga jumpa padi.


No comments: