Thursday, January 17, 2013

Nurani.

Seseorang yang pernah sakit tak akan pernah sembuh. Dia reda. Perasaan apa yang kau rasa kalau orang yang kau sayang, maki hamun kau? caci maki kau? Sentap tak agak hati tu. PEdih tak dia? Nak digambarkan, payah. Kalau ikut boleh dijerit hati tu, tak akan ada yang berani buat lepas ni. Jangan ikut sedap nafsu amarah, nafsu bangang kau. Bila nak jadi bodoh, biar bertempat. Aku sering sangatlah sakit bila tengok manusia yang sungguh tak reti menghargai bila ada sesuatu. Dah ada di sepak sepak. Tak ada baru tercari sini sana. Kenapa sebelum ni terlalu ego bodoh sombong tak menghargai?

Kenapa perlu sakitkan hati orang yang kau sayang? Apa peranan dia sebenarnya? Tempat kau lepas maki kau? Kenapa orang lain yang salah kau lepaskan kat orang lain? Sebab kan dia tu terima bodoh je segala caci maki? Tadah je telinga dia kan? Kau tak takut ke hilang dia? Aku rasa tak lah kan dah tu kau buat macam tu. Banyak sebenarnya benak aku ni berfikir kenapa begitu, tak begini? kenapa kenapa kenapa sampaikan aku terduduk cari jawapan. Sesat dalam persoalan sendiri.

Aku bukan orang yang suka sangat mengungkit. Aku tahu benda tu sangat tak elok. Lagi boleh memburukkan keadaan. Tapi sampai bila manusia sekeliling nak sedar kalau tak di sergah depan muka? Aku tak tahu ape perlunya kau sembunyi segala benda. Dah tahu salahnya, buat. Dah tahu natijahnya bikin jugak. Kenapa sebelum nak bertindak tak berfikir? Banyak benda nak dijaga. Banyak hati nak dipupuk. Jangan bodoh jaga diri sendiri sahaja! Kau hidup dalam dunia tak seorang. Sedar sikit!

manusia kalau sekali dah terkena, sampai bila dia ingat. Kalau kau minta maaf berjuta kali pun, ye mungkin dimaafkan. Tapi perbuatan yang dah berlaku tu kau ingat senang nak lupa? Jangan dimarah orang yang tak boleh melupakan. Kau tak duduk dekat tempat dia. Kau jangan cakap sembarang. Jangan di cabar manusia yang bersabar. Amarah dia kau takkan pernah jangka.

Kadang ada yang meraup, ketuk dahi carik carik hati fikir. Apa salah aku sampai macam ni sekali di malukan? Sampai macam ni sekali diperlakukan. Hati habis dirogol rakus. Tinggal macam sampah. Mengaku salah tak mahu, lagi disalahkan mangsa. Manusia jenis apa macam ni? Manusia bodoh yang pentingkan diri. Kasar? KAsar lagi perbuatan kau dulu! Jangan merungut kenapa. Tak diberi, takkan di balas? kan.

Hati ni rapuh. Lagi lagi hati seorang perempuan. Syurga lelaki letaknya di bawah tapak kaki seorang perempuan. Kenapa banyak di carik hati mereka? Kenapa banyak dipersendakan tindakan mereka? KEnapa pandai tabur gula(janji) tapi tak pandai kutip (tunaikan) balik? Nak tunggu sampai semut(orang lain) bersihkan?

Tolong jangan nanti menyesal sebab perbuatan sendiri. Tolong hargai selagi mampu. Jangan rindu bila dah tak ada. Rindu selagi ada.

bekas sebuah duka itu selamanya. Hapuslah macam mana sekalipun apa yang pernah kau lakukan, hasil dia terpatri sampai mati!

No comments: