Monday, December 10, 2012

Waktu Kecil Dulu

Salam Semua :)

Hari ini terasa lapang dada nak update pasal kenangan zaman kecik kecik dulu. Zaman kegemilangan di  mana kau tak payah fikir apa apa kecuali seronok dan takut kena marah dengan ibu ayah. Bayangkan betapa seronoknya masa tu? Hehe. Zaman aku kecil dulu aku nakal. sangat boyish. Sekarang? Lebih kurang je pun. HAHAHAHA. Aku suka benda lasak dan buat benda yang orang tak pernah buat. Bila terkenang balik, seronok dan senyum sorang sorang. At least aku ada sesuatu yang seronok untuk diceritakan kemudian. Maka aku tulis dalam blog ni, mana tahu aku dah tak ada nanti. Kekekeke. Ok sedih.

Cerita 1

Aku dulu duduk dekat Pahang. Ladang Kota Bahagia. Ayah aku kerja bahagian ladang. Tak payah tahulah kerja sebagai apa. :) Alkisahnya, ibu dan ayah tak ada di rumah. Ada adik aku (angah) dan nana; kot?(aku lupa ade ke tak budak ni?) Hahaha. Waktu tu petang dah nak senja. So kebiasaannya ade wak yang akan sapu daun daun kering dan bakar daun tu.

Nak dijadikan cerita, (aku memang sangat suka dengan api) aku ni seorang yang sangat bijak. HAHAHAHA. semua benda aku nak tahu. Aku tengok wak tu bakar daun daun. Aku nampak api. Dalam fikiran, eh ape rasa api ni. Aku pegi dekat main main dekat tempat dia bakar daun tu. Dan dengan perasaan ingin tahu yang membuak, aku dengan terlalu pandainya letak tangan aku (secara terbalik-bahagian atas tapak tangan, bukan tapak tangan) kat atas bara api tu.

Dah tahu apa rasa api tu? Aku lari menjerit jerit sakit. Jari aku melecur, and kulit jari aku melepuh. Dia macam cair dan tercabut. Bayangkan masa tu umur aku 5-6 Tahun atau kurang. Aku kelam kabut masuk rumah dan basuh tangan. Terus cakap dengan kakak tu sapu ubat. Akibatnya, parut sampai sekarang. Ok, cacat. HAHAHA. tapi bila tiap kali tengok, aku akan ketawa. Nabilah, kau bijop terlajop!

Cerita 2

MAsa ni aku darjah satu. Aku sekolah dekat Sabah. Sekolah Kebangsaan Lahad Datu. Di sebabkan rumah aku jauh dengan sekolah, aku akan selalu smpai awal. Van tu memang sengaja hantar awal sejam sebelum masuk waktu sekolah. So dengan masa terluang aku suka lari ikut belakang pagar sekolah dan main tikam dekat kedai. Umur baru 7 tahun dah rosak. KAHKAHKAHKAH. but seronok wooo! Hadiah best.

Setiap kali sebelum masuk kelas, akan ada perhimpunan. Dan aku akan beratur paling depan. Kalau kecik kecik dulu, kan cikgu akan cakap untuk luruskan barisan. Dia akan cakap camnni "angkat tangan". Aku memang syak aku ni genius. Dengan kedudukan aku yang didepan sekali (ketua konon) bila cikgu cakap "luruskan barisan. Angkat tangan" aku dengan konfidennya mengangkat tangan kelangit. kedua dua belah tangan. Dan seraya, yang lain lain (satu kelas aku sahaja) ikut aku buat. KAHKAHKAHKAH. lain dari yang lain. Cikgu nampak yang kelas kitorang ni lain pulak cara luruskan barisannya suruh kitorang turun tangan. Oi kecik kecik mana de rasa malu. Rilekssss~

tulah, bila dah besar baru macam...errr. Ape kau buat dulu ni? -..-


Aku rasa ada lagi, tapi aku lupa. ahaha. Nanti aku update lagi lah kalau dah teringat. HAHAHA.

No comments: