Thursday, December 06, 2012

Kampung dan anak anak.

Salam semua.

Kalau korang ada dengan iklan di radio Era (aku tak tahulah kalau ada jugak dekat radio lain, tapi aku rasa ada). Iklan Internet oleh syarikat M****. Aku rasa iklan ini agak mengarut dan tak logik dek akal aku.

Iklan itu secara ringkasnya tentang seorang Ayah yang berkata kepada anaknya untuk pulang ke kampung dan si anak membantah (dari segi suara umur lingkungan 8-10 tahun) kerana alasannya tiada Internet.

Ayah: Adik, mari kita pulang ke kampung.

Anak: Tak naklah ayah, kampung bosan tiada internet.

Ayah: Tak mengapa, ayah dah pasang talian Internet M**** dia rumah atok!

Anak: Oh kalau begitu marilah pulang segera!

Nampak tak apa yang aku cuba sampaikan? Si anak yang berumur sedemikian lantang bersuara tidak mahu pulang ke kampung kerana tiada internet. Kanak kanak sekarang dah terlalu dimanjakan dengan teknologi sampaikan dia tidak tahu apa erti keseronokan pulang ke kampung. Apa guna pulang ke kampung tapi tak menikmati apa yang ada? mesti duduk saje kat rumah main Internet.

Sekarang dan dulu memang dua dunia yang berbeza. Anak anak kecil lebih pintar bermain dengan teknologi berbanding ayah dan ibunya. Lebih maju kedepan dalam setiap perkara. Tapi dia terlepas keseronokan menjadi kanak kanak. Apa yang dia dapat kalau dari kecil sampai besar itu aje yang dia hadap?

Dulu kalau dengar nak balik kampung, anak anak kecil ni lah yang melompat gembira sebab nak bermain bersama saudara saudara. Aku pun mengaku aku suka dengan suasana kampung. Indah. tenang. Jauh dari hiruk pikuk bandar (cliche nye macam novel pulak -..-") ahaha. tapi betul kan? Adik aku kalau balik kampung dia paling suka sebab boleh main pasir. HAHAHA. Aku dulu kalau kecil kecil balik aku main pasir, main basikal, main bakar bakar (aku suka dengan api. HAHA), panjat pokok, jalan jalan sampai pantai dan sewaktu dengannya. Aku kecik dulu lasak macam jantan. So aku bukanlah perempuan ayu dok terlepuk kat dapur. I loves adventure! Till now actually.

bagi aku, iklan ini sangat..hmm. aku tak reti nak describe macam mana cuma aku rasa, tak sesuai situasinya. Kanak kanak dah tak kenal erti keseronokan dunia luar. Hanya bermain dengan fantasi sampai otak pun bengap. Jangan terkejut kalau nanti anak anak tak tau rupa pokok kelapa. Kau terlalu terapkan teknologi dalam kepala sampaikan pengetahuan umum yang boleh dapat melalui mata kepala sendiri dimudahkan dengan google.

Mudah memang mudah, tapi dalam google kau boleh rasa tekstur pasir? boleh bau bunga? Jangan terlalu manjakan anak anak dengan teknologi sampai nanti suatu masa kau sendiri tak tahu macam mana nak terangkan macam mana bau bunga. Anak anak sekarang aku tengok lebih manja dari zaman dulu. Dari segala segi. Tak boleh kotor, tak boleh lasak, tak boleh panas. Mengada ngada. Dah segala benda disuap depan mata, nganga je. Dah tersuap segala. kenyang.

No comments: