Tuesday, November 20, 2012

undefined

Dulu kalau aku marah, aku jerit je. Aku gaduh je. Tapi umur dah tua, perangai pun kena jaga sekali. Takkan nak mengamuk macam orang gila. Silap silap boleh masuk youtube. Hahaha..


Aku rasa selama aku dah berhenti dari memaki maki, aku dah bersabar cukup banyak. Dalam segala perihal. Aku diamkan aje. Aku pilih cara selamat. Aku cool dengan cara aku sendiri. Aku menangis kalau itu dah paling tertinggi tahap kemarahan aku. Paling tidak aku urut dada cakap sabar sabar. Mengucap bagi tenang. Tapi tak selamanya boleh tahan kan? Macam tembok batu. Sekukuh mana pun kau bina, bila orang asyik langgar, dia sikit sebanyak bergoyang. Lama lama boleh runtuh jugak kan. bersabar tu satu hal yang tak semua boleh buat sesenang ucapan kata.. 'sabar ye awak sabar" nak praktikkan dia punyalah payah.


Aku punya tembok kesabaran dah pecah. Sedang berusaha bina kembali lebih kukuh biar tahan lama. Aritu aku campak semua barang dalam bilik, yang mana aku tak pernah buat selama ni. Aku hentam pintu kereta, semua benda aku hempas kasar. Laptop semua aku baling. Betul betul naik hantu orang kata. Aku terduduk meraup. Terhenjut henjut bahu aku tahan sendu. This was never came to me before. Boleh bayangkan hati aku dah bengkak sampai rasa sakit dada menahan. Urut urut agar tenang. aku tulis ni semua......sebab aku nak meluahkan. Aku lebih selesa menulis dari meluah pada orang kerana jawapan yang aku akan dapat "sabar ye sabar". Bukan tak nak dengar, tapi aku pun boleh cakap kat diri sendiri. Cuma sekarang, jangan cabar aku lagi. Please, aku tak tahu sampai bila boleh bertahan lagi ni.


Ada satu setan yang cuba keluar dari aku sekarang ni. Kalau dia keluar, aku rasa aku boleh hilang semua yang aku ada dalam dunia.


Published with Blogger-droid v2.0.4

1 comment:

RidhZla said...

sometimes we've got to do something to let go the pain . people can tell us to be patient but only us know how deep it's hurt .
just hanging there and try being as strong as you can dear :)