Friday, November 02, 2012

PERANCANGAN

Assalam :) amboi agak lama jugak lah aku tak menulis kat sini. Last upadte pun tajuk entri 18.Biasalah. M besar. Lagi kerja pulak menimbun nimbun makanya aku tergendala untuk menulis. Umur pun dah sedang elok menginjak 23. Syukur ke hadrat Illahi. Aku sendiri tak sangka aku akan sampai ke umur 23. Bukan sikit angka, bukan sikit pengalaman.

Lagi kalau nak rasa comel dikaitkan dengan umur yang dah macam ni tua (sila jangan rasa muda lagi -..-) dengan dah ada kerjanya (alhamdulillah) dan dengan dah adanya steady boyfriend. Steadyyyyy :) Makanya soalan yang akan acap kali singgah di cuping telingaku tak lain tak bukan KAHWIN. ya KAHWIN! perkara yang buat kaum Hawa eksaited, dan buat kaum Adam garu kepala. Kat sini bukan aku nak cerita tentang aku yang nak kahwin. Nantilah kalau aku nak gebang, bila dah bebetul NAK KAHWIN. Bila dah macam ni mestilah kita dah ada perancangan ye dak. Rancang tarikh, rancang segala benda. Tak kiralah kau betul berjodoh atau tak dengan dia, kau mesti ada PERANCANGAN kan? so kat sini aku nak sentuh pasal PERANCANGAN.

Sebelum tu aku nak mohon maaf kalau ada terasa atau apa apa yang kau orang tak puas hati dengan apa yang aku nak tulis ni. Cuma ini pandangan peribadi aku. Yang aku percaya bukan aku saja yang rasa.

Setiap yang bercinta mesti nak akhiri setiap perhubungan dengan satu ikatan yang sah. Kan? Tak kisahlah lambat atau cepat, as long as u have that intention. Kau dah ok ni, kerja ada, boyfriend ada, umur pun dah sesuai sangat lagi lagi dengan kau yang macam dah ready segala. Ready ke? ahaaa kita tengok nanti.

Bila dah rasa umur tu makin naik, dah tak ada nak main main lagi dalam perhubungan. Bila dah jumpa seseorang yang kau rasa sesuai, kau akan terus set dalam kepala, ok cukup. Dan selebihnya pasal jodoh kau serahkan pada DIA. Jangan terlalu yakin, sebab kau pun tak tahu apa semua perancangan DIA kan? Kau mesti (tak kiralah lelaki ke perempuan) mesti akan suarakan sesuatu lebih kuranglah macam ni " Sayang, I rasa, sudah sampai masanya kita meneruskan hubungan kita ke langkah yang seterusnya." (ni skema). Nak lagi rock rock abah kaw " Sayang, jomn kahwin!" Direct tapi terkesan di hati. Ahahaha.

Bermula dari persoalan yang diutarakan, kau dah sedikit sebanyak merancang. Mula mula sebelum nak serius mesti kena mintak restu kan. Ok katakan kau dah lepas restu tu. Dan dah ada perancangan nak kahwin lagi 2tahun (memandangkan kau baru je nak kumpul duit, baru je merancang). Aku nak tanya satu hal. Perlu ke kau gebang satu dunia yang kau nak kahwin lagi 2tahun? Artis tak artis. Sebenarnya bila kau dah gebang, secara tak langsung akan timbul satu harapan. Untuk? Untuk semua sekeliling yang tau. Kau pasti yakin betul dia bebetul akan kahwin dengan kau? Kenapa perlu perlu sangat kau nak bagitahu satu dunia? Kalau nak share pon, secara luar talian. Dengan kawan baik ke. Setahu aku 2tahun tu bukan tempoh yang sekejap. Lama. Macam macam boleh jadi pada tempoh tu. Kamon, orang yang nak kahwin esok pun kadang kadang ade yang tak jadi ni kan kau yang nak kahwin lagi 2 tahun?

Nak diceritakan pulak, cubalah tak jadi? Macam mana? Apa kau nak cakap? "Tak ada jodoh, nak buat macam mana?" Dah berduyun duyun gelakkan kau. Lepastu nak marah? Salah sendiri. Kau yang ngang sangat gebang satu dunia dulu kan? Lepastu nak salahkan orang, tengok balik siapa yang mulakan benda ni semua. Malu tak nak letak muka kat mana? Pernah dengar orang tua selalu cakap, jangan suka sangat, nanti menangis. Jangan beria sangat nanti tak jadi macam mana? Perancangan tu bukan satu lesen yang buatkan kau bagitahu satu dunia. Aku sokong niat murni kau untuk ke arah kebaikan, untuk bina masjid. Tapi lagi sekali perlu ke gebang sebetulnya BILA BILA TAHUN SEGALA? cuma umumkan status tu. Doakan yang terbaik. Sembunyikan selagi boleh sembunyi. Nanti orang nak cakap sangat pun tak boleh.

Aku banyak dah tengok status, update blog perihal ini. Bukan ape, cuma segala benda tak perlulah kau nak selitkan benda benda macam ni. Rahsiakan dulu, dah sampai masanya kau bagitahulah. Bukan apa, bagi aku benda benda macam ni terlalu lah privasi. Takkan semua benda sikit sikit nak upload, sikit sikit nak kongsi. Kalau orang cakap kau marah. Dah awal awal kau yang tak prevent. kau biarkan hidup kau jadi macam artis.

Aku bebel banyak gile pasal hal ni aku rasa. Sebab aku tak nak korang dok gebangkan benda yang korang sendiri tak pasti akan terjadi. MEmanglah itu hak kau, blog kau, FB kau, tapi. Orang lain tengok memanglah boleh tahan jugak menyampahnya. nanti kalau kena sembur balik? Malu tak? Penat kan nak jawab segala benda.

p/s: Aku dah belajar dulu dari kesilapan aku. Dan aku dah sedar kenapa. AHAHAHA. padan muka aku.

No comments: