Wednesday, July 04, 2012

pesan ibu

umur dah menginjak 23 (hoii tuanya hoiii) so secara automatik kau punya topik perbualan dengan orang sekeliling jadi lain. dah kalau umur macam ni punya nombor, ape ke lagi soalan yang biasa orang tanya yang sampai aku dah nak muntah biawak bila dengar. jadi gatal gatal tangan aku semua. HAHAHA. soalan terbabit tak lain tak bukan "BILA NAK KAHWIN?". jawapan aku antara diam, senyum atau "lambat lagi". tapi aku pernah dapat balik jawapan yang tak kurang jugak hebatnya "jangan lama lama nanti andartu." diiringi hilai tawa bak kuntilanak laparkan darah. aku panas hati terbakar membara.

kalau aku bersembang dengan ibu aku pun mesti topik dia tak lari kat situ jugak (tak enuff jugak pasal kahwin. HAHA) ok serius cakapla, kahwin ni salah satu benda yang buat perempuan teruja tapi buat lelaki garu kepala. sebab? lelaki kena sedia duit semua. perempuan rilek goyang kaki. kepala bana. siapa yang macam ni, yg xde hati nak share langsung aku rasa elokla pikir dua tiga kali. entahla aku paling tak berkenan " kau nak kahwin dengan aku, kau la kena sedia segalanya." i am against this statement. titik

ibu aku akan paling teruja sekali kalau dia tahu anak sulung dia ni nak kahwin. ape segala benda yang aku cakap, semua dia kaitkan dengan kahwin. she is wayyyy too excited. -.- ibu, rilex ibu. aku pulak yang dok *sighing* sebab dia eksaited. aku tak nak la cerita ape kebenda nye kan, tapi aku kadang kadang senyum bila ibu suka. tapi aku takut jugak dia yang sedih kalau tau apa yang dia tak tau. yela, kita tak tau apa jadi. dia dah terbayang terlalu jauh. to make it more clearer, this marriage thingy will be held on...dont even know when. like, seriously do not know :) dah jangan tanya bila bila. i just do not know. kapish? ok good.

since aku ni anak perempuan, sulung pulak. dia banyak bagitau aku ini itu yang aku sebenarnya tak nak dengar. aku kadang kadang jawab jela "iye, along tahu ibu. i will do that do this bla bla bla" sebab aku tak nak panjangkan lagi bebelan keramat dia. hehe. but then she makes me wonder. her words make me think. kata kata dia ada benarnya kalau difikirkan dua tiga kali. apa pesan dia? pokonya dia suruh aku banyak bersabar. dia suruh aku kuatkan hati. kuatkan apa segala fizikal dan mental. kenapa?

kita(perempuan) akan kahwin dengan seorang lelaki. tak kira la dia anak sulung, angah, alang, achik dan usu sekali pun kita kena ingat benda ni sampai mati "ibu dia adalah selamanya syurga dia, keluarga dia adalah selamanya keutamaan dia walaupun adik beradik dia yang lain dah berkahwin, dan juga dia" kita perempuan tak payah nak emo emo tacing bagai sebab hasben kita nanti lebihkan keluarga dia. itu memang dah dia punya tanggungjawab.

ibu selalu jugak cakap "along, kau dah ready ke benda ni semua? kau kena ingat, nanti kau dah kahwin kau kena tahan semua ni. ibu tak nak nanti kau kecik hati bagai sebab dia tu abang, banyak tanggungjawab" aku jawab "ok ibu, i think i can" pendek je jawapan aku. aku tak nak bagi dia gundah gulana. but macam ni jela, since hati aku pon dah keras, aku pon dah banyak kali makan hati since forever. so aku rasa, aku rasa la aku boleh tahan. HAHA. tapi ade jauh di sudut hati aku cakap "aku bakal gila dengan semua ni nanti"

korang semua dah ready ke?

1 comment:

ciknina said...

hahahah comel diskus pasal kawen with ur mom :)