Thursday, July 12, 2012

kenapa nak kahwin awal?

aku sebenarnya nak update dekat status FB tapi macam panjang sangat pulak. so aku seksiplain dekat sini pon boleh kan? korang jangan cakap aku dah merenyam ape segala plak sebab update benda macam ni. baca dulu. ade betulnya ke tak ok. :)

ikutkan kalau jaman dulu dulu, umur 20an ni dah ada anak 1, 2 orang dah. tapi sekarang? umur nak dekat 30an baru ada 1,2 orang anak. kalau aku dengan mak aku umur kitorang beza separuh. kan mcm adik ngn kakak dah kan (mak aku baca ni perasan muda la dia. HAHA). kadang kadang orang nak kahwin awal persepsi kita kebanyakannya "amboi awalnya nak kahwin? tak nak enjoy?" and kenapa, dah kahwin tak boleh enjoy ke? kahwin dah kena sekat segala ke? tak jugak.

aku ada dengar satu iklan dekat radio pasal adala kena mengena jugak dengan kahwin muda ni. macam ni;

aku ada kawan nama dia rose. berumur 26tahun. aku dapat tahu dia meninggal dunia kerana sakit. kenapa awal sangat dia dah meninggalkan kita? umur dia terlalu muda. terlalu banyak lagi yang dia perlu kejar sebenarnya. tapi sebenarnya, aku baru teringat. dia sudahpun mengecapi segalanya yang dia nak semasa hayatnya. dia berkahwin pada umur yang sangat awal, 21 tahun. semasa kami menerima kad undangan beliau, kami semua terkejut dan mengatakan "kenapa awal sangat? tak mahu enjoy dulu?" dia hanya tersenyum. lihatlah sekarang, walaupun dia meninggal pada umur 26tahun, dia sudah ada dua orang anak, ada suami yang penyayang, ada rumah, ada kereta dan ada harta. aku? umur 26 tahun? masih tiada isteri, anak, rumah. hanya kerjaya dan kereta. dia? pergi dengan hati yang gembira, kerana segalanya sudah dipenuhi. andai aku pergi esok bagaimana?

paham tak cerita tu? memanglah mesti akan ada yang kata, jodoh tak sampai lagi acamner? duit takde acamner? duit tu, boleh cari. usaha. tang jodoh pon sama. cari, usaha. hey, takkanlah jodoh tu nak datang bergolek golek depan pintu rumah kau? kau mesti kena usaha cari. berdoa tu pun perlu, tapi kalau kau dok terperuk atas tikar sejadah, berdoa 24jam tak keluar rumah langsung ade ke kemungkinan kau nak jumpa.?

lagi satu cerita. cerita kak long (sepupu) aku. dia kahwin awal jugak. umur 23tahun masa tu. dia dah kahwin selama 4 tahun. dah ada 2 orang anak, sorang girl, sorang boy. bahagia je hidup dia dengan anak dan suami dia, boleh je dia bergembira bersuka ria. asalkan dengan izin suami kau la kan. aku tengok kat sini tak ada masalahnya pon nak kahwin awal. cuma kalau kau kata parents kau tak bagi, then u have to do something about it. explain. talk. ini semua benda malas, memang parents kau pon boolayan jela.

kalau nak kata segalanya duit duit duit, jangan lupa. bila kita dah berumahtangga, rezeki kita murah. makin murah. kita buat seusatu yang baik. Tuhan pon tak kedekut nak bagi apa yang kita nak kalau kita sentiasa duduk atas jalan DIA. lagi lagi bila ada anak, memangla kau baru umur 24tahun, tapi dah kecah kecah sebab anak. tapi tau tak anak tu jugak punca murahnya rezeki kau? kan kalau tengok je budak ketawa, kau yang tengah marah pon sekali ketawa. walau kau pon tak tahu ape kebenda yang dia ketawakan. :)

aku pernah update status macam ni "aku nak mati sebagai seorang muslimah, isteri dan ibu". impian setiap wanita. macam cerita atas tadi, she died as a wife and a mom. seronok kan? ;)

so kahwin awal? ehehehe.

1 comment:

Anonymous said...

masih tiada isteri?
bia btl woihhh