Monday, July 02, 2012

Awek Chuck Taylor

terasa nak buat review tentang satu blovel yang aku dah baca. ini first time aku baca novel yang dikeluarkan oleh kalangan lejen press. ayat dia, sangat sempoi dan aku sangat sangat suka. pada nazi tatabahasa, saya nasihatkan tak usahla baca. kerana ayat struktur dia tak kebabom macam novel novel biasa yang kita baca dulu. cara persembahan yang bersahaja, ouh lupa nak bilang. INI KISAH BENAR. watak watak dia hidup (tapi kedua heroin dalam cerita ini dah pun meninggal, nana dan mira. Al-Fatihah) dan apa segala yang ditulis pernah terjadi.

blovel ni memang aku anggap berjaya kerana dah berjaya buat aku gelak dan berjaya jugak buat hati aku runtun. pada aku, biarlah blovel ini kekal sebagai blovel, tak perlu di teaterkan, di wayangkan atau di dramakan. sebab no one can ever be like them (the characters). it will be so unreal if they really wanna make it into theatre. bak kata mira (awek chuck taylor) "no one can be me. not even close enough".

aku terbuka nak baca Awek Chuck Taylor ni sebab nye aku follow Trefaktab on blog. so ada satu update baru from Nami Cob Nobbler, which is the writer of this blovel about perginya seorang pejuang, Mira (Ezreen Emira). aku jadi curios, dan godek punya godek dekat google, nahhh aku tahu siapa ini dan apa ini ACT. aku mula membaca sebab aku nak tahu apa kisah cinta lagenda ini. (lagenda kau!) kisah cinta hafiz dan mira dan nana. cinta tiga segi antara adik dan kakak.

macam mana kesudahan dia? haaa pi beli baca sendiri. hehehe. but untuk aku, cerita ini sangat legend!

watak watak dia ada 3. yang utama jela aku kasik review okeng.

HAFIZ
sangat naif ini watak. senang jatuh hati pada perempuan. seorang yang sangat sweet. kenapa sweet? dia pandai buat puisi, pandai buat lagu untuk kekasih hati dia. tak sweet lagi? haha. aku boleh rasa yang hafiz ni tak boleh lonely. dia mesti akan dapat pengganti selepas yang sebelum. aha.. bak kata aiman "kau ni takdela hensem mana tapi awek kau..." sampaikan orang cakap dia pakai guna guna ilmuan LOL! see, dalam watak hafiz ni kita boleh lihat, bukan rupa semata mata jadi ukuran. hoyeah! :)

MIRA (Awek Chuck Taylor)
aku sangat suka watak dia. dia ni sangat sangat ekstrem. she get what she want. she is pretty with brain. seorang yang ulat buku, penyanyang. dia sangat sayangkan adik dia nana, sampaikan segala yang dia buat adalah untuk nana. dia jaga nana lebih dari jaga diri sendiri. "i love nana more than myself"-mira. karakter dia sangat menyentuh perasaan aku. mengenangkan pengorbanan seorang kakak yang sanggup jaga adik dia thru days and nights. she is such an angel to nana. i adore her actually. the sprits in her :)

NANA
apa yang digambarkan di dalam blovel ni dia seorang yang sangat sayangkan kakaknya. sangat pendiam disebabkan dia tak boleh bertutur dengan sempurna. tapi bagi aku nana ni dia sangat vice versa dengan mira. nana seorang yang lembut, sayang kepada haiwan. aku rasa dalam novel ni pun boleh rasa nana ni sangat comel. and indeed, she is actually in real life :) tapi dia secara tak langsung jatuh hati dengan hafiz sejak hafiz selamatkan kucing dia kika. walau dia ni seorang yang senyap dan sangat inesen, tapi bila dia berkata kata, semua ayat penuh dengan isi.

AIMAN
abang kepada nana dan mira. sama umur dengan hafiz. mula mula je dah boleh ngam sebab sama Manchester United. HAHAH. bola sangat menjalin ukhuwah -.- dia ni sangat sempoi.

No comments: