Friday, June 01, 2012

tewas

aku tak cari kemenangan,
tak pula aku mahu kalah
tapi masa berputar
salah satu pasti ada
silap sendiri
mulut celupar
habis tergelincir segala
aku salah.
maafkan aku.

ego.
semua juga punya.
aku tak reti
tapi diajar.
aku belajar, aku adaptasi
hati dah semakin biasa mungkin
cuma kali ni,
aku terpaksa kuat walau tak ingin.

sial.
aku tak ngerti,
kalau benar kehadiranku sial,
jangan pernah lagi ada
di sisi aku
kalau marah
jangan pernah sialkan
aku.
sehabis marah aku
tak pernah lagi.
aku pedih
aku sedih.

ungkit
salah aku.
maafkan aku.
mungkin ini salah faham
iye! aku yang terbaik di dunia
aku segalanya
aku suka pusing kembali ayat
aku salah.
maafkan aku.

hilang
aku rasa sepatutnya
merasa hilang
biar tahu apa
makna masing masing
perlu atau tak perlu
kembali dia, milikku
pergi dia, miliknya
aku berserah
mana satu
aku terima.

aku rindu kamu. yang dulu.

No comments: