Monday, June 04, 2012

PRIVILEGES II

salam sejahtera adoi nye pon. (menggelabah nak tiru johan)

ok lupakan. salam buat semua :)

kebelakangan ni terasa rajin pulak nk update blog. tempoh hari telah berlakunya bencana (ouh yeah bencana. even tak dela kerosakan jasmani, tapi rohani rosak ok! kira la tu jugak) kemarin marin ada post pasal privilleges kan? arini nak sambung bahagian kedua. sila membaca dengan besertakan ais atau air di sebelah. kot kot ade yang tgh marah marah, terasa hati. yela, dah PANAS kan, boleh buat curah atas kepala. HAHAHA (ok tak lawak)

*ekhem. betulkan suara garau

aritu cakap pasal social networking ye dak? sekarang nak cakap pasal appearances ada jugak selit social networking. haaaa. ini paling tercabar bakar kalian kalian tuan tuan puan semua. sini aku kecikkan la skop dia ok? kepada perempuan. sebab biasanya lelaki akan tak amik berat sangat benda ni. dia peduli apa orang cakap dia hensem ke tak, but ada yang terasa jugak, tapi tak ramai la. dalam 10%? maybe? first of all, kenapa kau minat pada awek kau at the first place? cinta pandang pertama? haha. cinta pandang pertama bermaksud, CINTA PADA RUPA. ade yang bekeng ke? betul la pada rupa. kau cakap pertama kali kau tengok dia dah jatuh cinta. kau belum kenal lagi. ape yang kau lihat pertamanya? RUPA kan? xkisahlah cara dia pakai sopan or tak, cantik or tak, still rupa. haaa baru nak kata "haah kan" cehhh -.- sape yg cakap "aku jatuh cinta pandang pertama dengan dia. aku bukan lihat rupa dia, tapi hati dia" ni PENIPU! macam mana kau leh tahu hati dia sedangkan tak kenal? dasar buaya. opps!

katakan, kau jatuh cinta pada awek kau sebab rupa. comel cantik bagai.sexy, kurus, pandai bergaya, up to date, pandai make up segala. tapi pasti ada yang lebih lawa dari dia. itu pasti. memula dulu puji menggunung, kau lah bidadari, kaulah tercantik paling di dunia. dah dapat, tetiba tertelan pulak segala puji tu. nk kata puji menggunung? bukit kecit pon takde. HAHAHA. itulah, manis hanya permulaan. cehhh. dah dapat, makin kurang puji. kadang kadang tak puji pon. buat tak tahu. buat buat mcam awek tu takde rupa. sepatah haram pujian tak keluar.

tapi, bila nampak awek cun, maria ozawa, ape kejadah mesin ogawa bagai kemain mulut laju memuji macam peluru mesin gun. mata tu tak berkelip kelip pandang. kalau boleh berdarah hidung tu, dah berdarah dah. awek kat sebelah tak dipuji. eh? awek kau tu takde perasaan ke bang? boleh puji tapi kalau awek sendiri tak dipuji, ade tak ke hati sebelah tu tercalar balar? berpada kata orang. nak puji senyap senyap, takpun macam ni "eh cantik la awek tu sayang. tapi ape pon sayang lagi cantik di mata saya" ecewahhhh. tak salah memuji walau sikit? dahtu kenapa dulu kau sangkut ke dia pon? haaa cakap sini? grrrrr

dah dipuji awek tu pandai make up, pandai dress up yg kekasih hati cuba la nak dapat jugak pujian. bila keluar sekali ape kau dapat " ape ke pelik awak dress up ni? ape merah gincu segala ni? ape ape ape ape macam alien ni? " tak pun paling best " eh, saya tak kenal awak." waaaaa T_T kejam tak? memang aku akui kadang kadang dek terlampau nak dapat pujian tak peduli kat diri sendiri yang dirosakkan. kena berpada. sesuai pada diri, ok wanita? :) tapi lelaki pon nak mengutuk adala caranya. cakap elok elok " eh lain sayang harini. cantik. tapi sebelum ni lebih cantik. saya suka yang sebelum ni :)" haaa kan sedap je telinga dengar?

kalau dah nama cantik kan. mestila suka upload gambar amik gambar sorang sorang beserta caption "itteww tak lawa un. iteew uduh tyme ni. bru angun tidooo :p " (meremang nak menaip eeeee) lepastu nampak satu like. "eh macam kenal jejaka ini" lepastu nampak lagi komen " awak cantik je. bangun tido pon comel. untung bf" eh macam kenal jugak jejaka pengelike dan pengomen ni. HAHAH. cisss pakwe aku! haa ni satu lagi. gambar awek cun comel hot kemain like, kemain komen cantik puji bagai. gambar awek sendiri ade pernah puji? ade pernah pulak komen? siapa lagi pon nak puji kalau bukan kekasih sendiri ye dak. takde suruh bayar pun kalau nk komen tu. kalau orang lain boleh kenapa dia sendiri tak boleh ye dak? tak adil namanya. kat situ nampak tak. dia takde keistimewaan. org lain lebih lagi dari dia.

kot ye pon kan, kena la sama adil sama rata. janganla orang ni ada kekasih xada. bukan nak kata semua benda kau kena like, kena puji. but sometimes, perlu ada. untuk dia rasa, "ouh aku ni istimewa di mata dia". memangla lelaki biasa akan cakap, ala tak payah la nak semua orang tahu. lepasni kalau kena rembat, kau tak payah cakap banyak. kau tak nak jaga? sapa suruh! pernah dengar status "perempuan tak kisah sangat kalau orang lain cakap dia hodoh, tapi kalau kekasih hati cakap dia hodoh, mahu keluar jurus silat maha dewa!" hahaha. betul tak? kena rajin ringan mulut puji. memuji makhluk ciptaan tuhan. kan tak salah. :)

p/s: ade lagi hampeh. bila si makwe puji pakwe "hye hensem awak arini" pakwe nak balas dengan ayat yang setimpal tapi " hye awak....err...errr...er...comel" hahahahaha. tergagap kau!

No comments: