Saturday, June 02, 2012

kerana kau sempurna buatku.

Sebelum apa yg aku senyumkan selama ini hilang tertelan dek tangis, aku coret di sini. Bukan nak tulis lirik lagu liyana jasmay, tapi orang yang aku cukup sayang, aku cinta dalam hidupku. Ibu dan ayahku.


1. Ibu. Dek bila org keliling mencerca aku, dia masih di sisi. Walau tumpah air mata dia, dia masih di sisi. Mendukung aku dalam jatuhku, memimpin dalam rabaku.


2. Ayah. Segala herdikan dia aku masih ingat. Dari kecil hingga besar. Segala rotan yg pernah singgah di badanku. Terima kasih sebenarnya. Kau yg bentuk aku jadi begini kuat.


3. Ibu. Aku dah lihat susah payahmu menjagaku. Kau sambut ketika lahirku dengan senyum. kau syukuri kehadiranku dalam hidupmu. Tak kira rupaku bagaimana. Kau syg aku sepenuhnya. Kau terima aku tanpa persoalan seperti orang lain. :')


4. Ayah. Sedari kecil. Kau ajarku tak mewah. Kau ajarku usaha. Mahu sesuatu? Usaha agar setimpal dengan apa kau mahu. Ajaran itu terbawa sebati sehingga aku dewasa. Terima kasih :)


5. Ibu. Bebelanmu. Ahhh, aku tak kuasa mendengarnya. Tapi aku tahu, untuk kebaikan aku. Walau kadang telinga kanan masuk, pasti keluar kembali telinga kiri. Aku masih degil di kala umurku 23 sudah. Tapi masih, kau tak pernah berhenti penat membebelku. Kadang buat aku ketawa. Aku tau, ibu sayangkan aku!


6. Ayah & ibu. Tak pernah lokek apa. Diberi segala. Apa mintaku, dia tunaikan. Tapi aku malu kadang kadang kerana ayah sentiasa memberi. Baginya, biar dia berlapar bersusah. Tapi bukan anak anaknya. Biar anaknya berjaya. Ayah & ibu, aku dah hadiahkn kau segulung ijazah. :) aku masih ingat kamu senyum lebar di hari graduasiku. Hadiah untukmu raja dan ratu hati ku. insya Allah, yg lebih tinggi bakal menyusul.


Mereka berdua penghuni carta hatiku yang teratas. Tak tercalang dek siapa. Andai ada sekalipun, kalian masih yang teratas. Ku sedar, umurku dan umur kalian juga makin meningkat. Kapan ajalnya kita aku xpula tahu. Aku berharap aku dapat membalas jasa kalian sebelum akhirnya nafas kita di dunia. Ayah, ibu atas segala khilafku, aku tau. Mereka akan sentiasa memaafkan aku walau aku tak pinta. Mereka tak sempurna, tapi bagi aku mereka terlalu sempurna.


Andai satu hari nanti terbaca kalian tulisanku, aku ingin jeritkan AKU SAYANGKAN IBU DAN AYAH DUNIA AKHIRAT.


Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments: