Thursday, June 07, 2012

HAK PRIVASI

sebelum nak masuk hal ehwal isu berkenaan tajuk nak buat ucapan pendek. :)

"setahunduabulan. enamenamduabelas"

haaa, puas dah semalam pura pura tak ingat. tapi tak tahan. wakakaka! tahan je buakan hati dari cakap. ala, terkantoi jugak. cakap kot twitter je pon :) tapi aku oke saje. aku dah boleh menerima segalanya dengan terbuka dan tenang. slow slow katanya kan. belajar dan adaptasikan.

ok back to the story. kebanyakan pasangan yang berkasih sekarang dah tak ada privasi. ada pon cuma 50% darinya. yang selebihnya di ikat. walau belum ada ikatan tunang. kalau dah tunang tu pun aku rasa dah tinggal 30% je. yela katanya "awak bakal hak milik saya". entri ni tak bias ye. aku tak fokuskan lelaki atau perempuan. general. sebab benda ni berlaku di dua pihak.sebenarnya kalau kau nak kongkong, bila kahwin. itu baru sebetulnya. tapi ada yang suka dikongkong masa berkasih. katanya "baru nampak dia sayang". tapi aku rasa, ada banyak cara lagi nak tunjuk sayang. itu maknanya KURANG PERCAYA. percayalaaaaaaa *nyanyi ikut rentak tok t* kemain!


contoh kongkongan. paling ketara. social networking. tengok!balik balik social networking. apa lagha sangat benda alah ni. -.- kau tak boleh add dia, kau tak boleh IM dia, kau tak boleh main komen komen dengan dia. hello! kamonnn! cemburu tu memangla patut ada tapi takkanla sampai segala benda tak boleh? memangla. orang tu pon kena ingat la jugak batasnya. janganla menggedik mengada (rujuk entri privilege I &II). but bagi aku tak salah. dia ada hidup dia sendiri, lagipun bukan dia hak kau lagi. kena ingat!
ada pulak jenisnya kongsi acc facebook, twitter. Hey, payah ok kau nk berkomunikasi dengan kawan kawan. Karang yg lelaki bising perempuan, yg perempuan cemburu buta lebih. Nk tau kau update ke ape kejadah susah. Sebab kau tak tahu siapa yg pegang akaun siapa. Memangla alasan nak menghindar kekasih dr curang atau IM dengan orang lain. Tapi, berpada lah ye. Takkan itu pon nak kongkong? Dia dh hilang hak dia nk add, komen segala sekarang kau nak kongsi akaun? Kamonnn. Percaya mana percaya?



Lain cerita yang tahu password fb twitter segala bagai email kekasih. Untuk precaution katanya. Ini ada elok ada tak elok. akaun still asing asing, tapi kau boleh cek acc dia. Ini akan buat satu party tu berhati hati. Tapi tak jujur dalam masa yg sama. Yela, kau chat ngn lelaki/perempuan lain. After that padam. Lepastu kekasih bukak. Kosong. Dah menipu kat situ. But untuk yg cemburu buta aku rasa eloklah padam. Memangla ada yg akan kata dia xjujur, aih kalau takat nak tnya assignment ape dan tak melebihi batas itu pon xkan tak boleh? Bg aku. Eloklah kau padam. Bukan nak ajar kau menipu, tapi untuk mengelakkan brgaduh, BUT, asalkan kau tak melebih lebih.

Baiknya pulak, kalau dia tak sempat nak padam acc dia kalau dia mati. Katalah kan, at least ada yang tahu. Dia boleh tolong padamkan. Lagi, baiknya untuk kantoikan yg curang. Mana tau dia tak sempat nak padam. Kan dah dpt bukti situ :) tapi ada jugak yg tak nak kongsi. Untuk lebih privasi. Untuk lebih rasa masih punya dunia sendiri. Aahhh lantak pi la. Asalkan bahagia tak gaduh gaduh sebab orang tu tak nak bg password.

Selain social networking, handphone. Haaa, macam mana plak? Cek mesej, cek call (in or out), cek bill, cek wallpaper, cek no fon dan lain lain. Habis segala cek. kalender pon kau nak cek. HAHAHA. (aku pernah buat. duluuuuu) kadang kadang nak sms orang lain agak tak senang. kalau yang banyak mesej lelaki/perempuan lain tu yang banyak masalah. lagipun satu hal, kalau dah si dia tak suka, janganla buat. nak buat jugak? padamla sms tu lepastu. kalau kantoi tanggung sendiri. konon kata, dia kawan aku, aku punya suka la. lepas tu gaduh, meraung. maaf maaf maaf. sendiri cari pasal kan. tanggung la sendiri. yang penting jujur. jangan menipu. rasanya cukupla kalau sekadar mesej untuk bertanya kabar, ada sesuatu yang penting ke. janganla melebih lebih. "muah muah" "i love you" <---- untuk lelaki ke perempuan/perempuan ke lelaki. melenting jugakla kan kalau dapat tahu. tapi perempuan ke perempuan biasa dah tulis cenggini, so tak de hal sangat. tapi, tapi, kalau lelaki ke lelaki. haaa itu satu hal. haaa ada sesuatu berbau ikan ikan di situ. mintak simpanglah yeeee. hahaha. lagi best tahap tak privasi, masuk msg je, orang lain dulu yang hulur kepala tanya " ha siapa siapa?" (aku la tu. kahkahkahkah)



bil telefon pon kena cek. yela, kalau dalam fon kau boleh delete, kalau dekat bil? semua terpampang kat situ tau. so siapa guna bil,kalau nak curang tu berhati  hati lah ye. kalau nak selamat pakai prepaid *eh aku mengajar pulak. LOL*

stop pasal hand phone. pasal mengendap. haaa ni bukan pegi mengintai anak dara orang tengah mandi or apa. tapi jadi bodyguard tak diundang. aku ade dengar dekat radio. kisahnya macam ni. gf dia cakap nak keluar dgn kawan kawan dia. si bf kata ok. but dia tanya pegi mana siapa ada sama pukul berapa, details! then ok dan gf keluarlah bersuka ria. nak dijadikan cerita, si bf ni agak tak percaya la ke gf sampaikan dia pegi mengendap sendiri betul ke gf dia keluar dengan siapa siapa. what??? ini agak melampaula sebenarnya. tak payahla sampai macam ni sekali. kot kalau dia menipu, itu antara dia dengan tuhan lah kan. kalau kau keluar dengan kawan kau, tak de la pulak si gf ni nak pegi mengendap tak tentu hala. takde pekdahnya. bagi diorang masa untuk dia dan kawan kawan dia jugak. yela, asyik berdua bersatu je (macam belangkas. ibu aku kata.. HAHA)

kesimpulannya. janganla terlalu mengongkong. semua orang ada hak privasi dia. ada masa peribadi dia. kalau dia belum milik kau, nak mengongkong tu berpadalah sikit. jangan sampai semua benda kau nak tau, pakai baju apa keluar, pakai ni tu tak boleh bla bla bla bla. rimas. nanti sebab nak jaga punya pasal, dia sendiri cabut angkat kaki. jangan menyesal.

P/S: tetibe ade gambar plak entri aku. kahkahkah. bosan plak kosong je -.-

4 comments:

JImmy said...

Semoga berjaya. Kahkahkah. =)

N said...

aku kan, bila dulu first2 bercinta, mmg semua aku nk stalk n tahu sbb dia taknak cerita. tup tap, tahu pasal ex dia yg dok bercerita sedih lg kat blog, dok msg2 lg. pergh.

angin siot.

then trust dh takde. kurang. lama2 hilang cerita ex, tp trust tuh tak naik. skarang ni, aku tahu je password fb dia bagai, tp cam, malas nk amik tahu. buat apa nk sakitkan hati lg kan?

sukaaa hati la nk wat apa, malas nk amek tahu.

nur nabilah syazwani said...

Same here. Aku nak tau segala bnda. But now aku dh mula let go bnda yg buat aku sakit hati. Aku dh xcek fb dia, twitter dia, email, msg, call. Even aku boleh sbb hp dia aku boleh amik. Haha. Pokoknya dh mls nk amik pusing. :p

Anonymous said...

Same la.lgpun kte mmg xde hak lg pon keatas die.blm jd yg halal.sy pon mcm tu jgk tp pasni sy berazam dh xnk check semua ttg hak peribadi dia.biarlah,Allah yg lebih mengetahui.