Wednesday, June 20, 2012

apa perempuan mahu sebenarnya.

apa perempuan mahu? kebanyakan lelaki takkan paham dan takkan tahu kalau tak diberitahu. diorang ni lebih memikir kepada benda yang lurus. tak suka benda remeh temeh. tak suka memanjangkan benda yang pendek. ahaaaa. sifat dia. perempuan pulak suka benda yang remeh. kadang kadang yang pendek dipanjangkan sampai lelaki naik rimas. dude, its our nature. we can't help it. perempuan lebih kompleks. lagipun, korang selalu perasan tak kalau perempuan ni dia lebih suka sweet kan pasangan dia? kalau lelaki dia jarang sangat buat benda benda macam ni. makanya kalau ada lelaki yang berperwatakan macam ni, perempuan suka kejar. suka jatuh hati. sebab dia nak yang sweet romantik. tak dela nak all the time but sometimes mesti ada.

kalau memasak pon kan, kalau takde gula tak sedap jugak betul? macam jugak dalam perhubungan. kalau tak ada manisnya, tak ceria. tapi manis ni benda sementara. macam pelangi. cantik bila dia ada. bila dia hilang orang menanti dia ada. so jangan manis macam pelangi, biar manis berkala. sebulan sekali ada la sikit benda sweet. kitorang perempuan tak mintak banyak pun just mintak sikit sweet korang tu. dah kau nak dia, kenapa tak boleh sweet dengan dia kan? tak salah pun. buatlah surprise kadang kadang. mesej yang tak terduga ke. itu pon dan cukup sebenarnya nak buat dia senyum. kalau dulu masa nak mengayat kemain. segalanya ayat bagi. bila dah dapat, "ok" je yang ada. HAHAHA. cukup buat dia rasa yang kau masih sayangkan dia, masih perlukan dia.

kot kalau ada yang kata, ala awek aku tak nak mesej je. dia nak hadiah. eloklah tangankan aje beliau. dasar materialistik. jangan nak samakan semua perempuan macam tu. tak semua oke! most of us just want an appreciation, not your money. duit tu penting, but sila la paham konteks ni. jangan putar belitkan. dah diam! sampai sekarang aku sendiri tak paham kenapa perlu manis hanya di awal, bila dah tengah tengah mula kurang dan akhirnya terlerai segalanya. kenapa tak kekalkan? benda tu bukan boleh buat bala dalam relationship. lainla kau yang cari bala. benda tu la yang kekalkan relationship. iye, memangla adat. but kenapa tak twist je adat yang tak elok? kenapa nk ikut benda yang tak elok? alasan lelaki selalu tak munasabah, munasarawak semuanya. cuma, kenapa di AWAL DULU BOLEH SEKARANG TAK BOLEH? any guys could anwser me that? bagi jawapan yang aku boleh respek sikit.

perempuan ni insan yang menceriakan dunia. yang kadang buat hati kau goyang. kot lelaki boleh buat hati kau goyang, elok cek baliklah ye. HAHAHA. sifat dia lembut. eh kau tengok dia kasar dalam perbuatan dan percakapan, tapi dia ada soft spot dia. hati. sekali hati dia terasa sampai bila bila kekal kat situ. memangla dia ngn korang easy going, open, kau boleh caci maki dia sesuka hati. dia pon ok ok gelak gelak. hati dia kau tahu? tak kan. kau tahu dia sakit tak kalau korang caci maki dia? tak tahu kan? kau pernah tahu tak dia pernah merintih untuk jadi seseorang yang korang boleh selalu puji dan banggakan.

oke katakan kau dan dia ni takdela in relationship pun. tapi kawan. dia ni kasar dari segala segi. but dia PEREMPUAN. lepak lepak nampak ada satu makwe hot. "perghhh tengok awek tu peah, hot gile. bukan macam kau gemok kasar hudoh plak itam HAHAHAHA" peah sambut "HAHAHAHA kelakar la kau ni jidin, puihhh aku taknaklah jadi macam tu HAHAHAHA" sambung gelak bersama. but kau pernah tau tak apa yang dia rasa kat dalam tu? cuba dia pulak baling benda sama dekat kau? mau tak kau rasa nak meletup? jangan ingan perempuan tu yg kasar ni takde perasaan nak jadi perempuan macam mereka yang sexy hot bagai. and one more, janganla main shoot je. even kawan bertepuk tampar pun, still ada boundary. she is SHE for god sake!

kenapa semua kata perempuan ni makhluk yang susah nak paham? but ada yang mengatakan lelaki ni lagi makhluk yang susah nak paham? but why girls can understand boys, but boys can't understand girls? as i stated above, perempuan sukakan benda yang kompleks berbanding lelaki. dia akan pikir benda yang tak terjangkau dek akal lelaki. mostly. tengok awek sendiri kat sebelah sudah. bagi satu situasi, lelaki dan perempuan di satu acara mendesign kad kahwin.

p: i nak macam ni ada curl curl, pahtu nama gini guna tulisan gini nak ada burung tenggek kat sini. eh tak senget la tu (walhal sikit je pon sengetnye boleh nampak) bla...bla...bla..bla...

l: asal ada alamat, nama peta dah jalan.

p:.............................

nampak? lelaki simple. perempuan kompleks.

penghargaan macam mana perempuan tu nak? dah kata dia someone special in ur life kan. dah katanya kan. so buat dia istimewa. jangan samakan dia macam yang lain. ah ye memangla akan ada nanti, takpe i tak kesah pon. takpe i tak heran pon. eh kau tau tak, dalam hati dia ada luka? perempuan. mulut cakap lain, hati cakap lain sebenarnya. bukan la nk kata bermuka muka, tapi tak nak buat orang yang sana kecik hati. nanti kata kita ni cerewet mengada. tapi dengar ni. kalau dia tu kau tak letakkan di satu tempat yang istimewa dari orang lain sekeliling kau and what point you have a relationship with her? kenapa sama dengan yang lain? baik kau jadikan dia kawan kau aje. baik kau jadikan dia benda yang kau lebih pentingkan dari dia. sometimes hati dia gumam "kadang kadang aku nak jadi kawan kau sahaja." jangan sampai dia gumam macam tu. itu bermakna dia dah separuh putus asa. once in a while, just make her as special as u can. tak cukup dengan declare pada hati masing masing. tak cukup dengan declare di facebook. prove baby prove. then everything will make sense.

perempuan suka bila kau perasan benda benda kecik pasal dia. contohnya dia selalu buat kerja depan pc. bila orang yang selalu mengadap pc ni, dia mesti nak something yang hijau. pokok. perempuan ni takdela kisah pun sebenarnya, tapi yang si lelaki perasan. dia belikan kaktus kat perempuan tu. kau boleh tengok muka dia senyum sampai belakang telinga. benda tu kecik and sebenarnya tak di ambil berat pon, tapi orang lain ambil berat. kau tak rasa dihargai ke? bukan tunggu bila birthday or anniversary baru nak bagi. benda macam ni la yang dia akan paling ingat sampai mati. (and i miss this :'] ) kadang kadang kalau dengar lagu, tap, terkena dekat dia. lagu yang tunjukkan kau sayang kedia, bagila. biar rasa dihargai walau bukan kau yang nyanyi. kalau kau nyanyi lagi +1 markah. (i miss this too) simple je benda dia. tak perlula hadiahkan sebijik banglo, sebuah kereta mercedes. cuma benda benda simple macam ni. dah mampu buat dia senyum :)

"aku memang sayang dia. aku memang nak kahwin dengan dia. tunggula masanya nanti" if there is only words, and if there is no prove or any move, then u better keep it to urself and eat up all ur words. perempuan tak kenyang dengan ayat. dia nak bukti. sebulan sekali akan ada sekali dia akan mengamuk tak tentu pasal. just please understand for that once in a month. pernah rasa sakit sengugut? pernah rasa hormon kau macam bergaduh kat dalam? tak pernah rasa jangan banyak bunyi. memangla ini bukan alasan nak buat kau boleh dimaki sesuka hati but then just just JUST please understand. so janganla buat benda yang dia marah. pampered her. perempuan suka dimanja sebenarnya. tapi yang gedik2 buat suara kecik muncung2 itik tu lempang sekali biar bagi normal. HAHAHAH.

apa lagi perempuan nak? sebenarnya tak banyak. dia nak rasa istimewa dan dihargai je. at the same time mestilah kena faham dia. tahu apa yang dia suka, ingat apa benda yang penting. bila seorang tu dah mula lepaskan semua yang dia pernah buat suatu masa dulu, maknanya dia dah mula move on sikti demi sikit. move on kemana? move one untuk melepaskan semua lelah. dia akan buat semuanya seperti biasa. time tu, bahaya. bila dah hilang excite dalam diri seorang perempuan, semua benda bagi dia akan jadi hambar. se excited mana pon benda tu nanti, kau tengokla muka dia macam mana. kau tengok reaksi dia macam mana. there you go, an answer. SHE'S MOVING ON DUDE.





p/s: jangan bila dia dah move, kau baru nak cari baru nak buat. its kinda late dude. masa tu dah takda makna dah bagi dia.

No comments: