Monday, May 07, 2012

sanubari.

aku cuma manusia biasa. seperti manusia yang lain. mana hatinya dambakan sayang dan kasih. alhamdulillah, cukup semua sebenarnya. di sini penulisan bukan bererti merungut cuma aku dah tak punya medium lain untuk aku luahkan. untuk luahkan pada manusia? sejujurnya tak siapa mengerti kerana kita tak berada dalam satu perahu. kau mungkin pernah mengalami nasib yang sama, tapi kau tak pernah rasa perasaan yang sama. jadi serupa aku luah pada pokok, kucing atau kerusi. haha. dan aku luahkan pada blog. dari dulu dia jadi mangsa taipan jari jemari kasar aku. luahan hati aku nahh tertulis di sini.

dalam setiap perhubungan takkan pernah tak bergoncang. cuma antara hebat dan tidak. selama setahun lebih ni, goncang belum hebat. pada zahir. pada batin kau tahu? tak pernah tahu. cuma aku dan DIA yang maha mengetahui. kadang kadang kalau aku cuba luahkan, dek tak tahan hebatnya goncangan, pemahaman nya jadi lain. bertukar aman ke peperangan. dari tu baik aku diam. aku diam sendiri, aku menangis sendiri. biar tak siapa tahu. sungguh aku penat. penat menahan segala rempuhan ke tembok hati. cuba aku tenangkan, tapi makin aku diam makin hebat rempuhan. aku iyakan segala, tapi makin banyak yang menggeleng. melawan semua. amboiiii. aku sampaikan dah habis kuasa. lara segala inci sudut. lelehan pekat tak kelihatan, tapi aku rasa peritnya. di situ. pedih.

aku pernah kata, jangan sampai aku nekad. selama aku simpan ego aku di dalam, tolong jangan pernah pinta dia untuk keluar. jangan sekali kali. bila aku mula nekad, beserta temannya ego, beginilah sudahnya. tak berkesudahan. kita tak lagi main tarik tali. dah aku lepaskan semua untuk kau. ambillah. aku kata aku cukup semuanya, tapi aku kurang dihargai. dari segi? pikir sendiri. aku di sini bukan nak mengungkit. aku tak suka nak panjangkan sesuatu yang remeh bagi semua orang. aku nak habiskan semua di sini. cuma, langit dan bumi pun akan perasan mana jatuhnya duduk dia. dia pon tahu siapa di atas siapa di bawah. dan jika kerana sebabnya rupa paras itu menjadi tolok pengukur segala, maka sia sia segala pengorbanan aku. jika paras rupa menjadi tanda segala benda, maka aku bukanlah yang dicari. aku bukanlah manusia yang punya segala kesempurnaan. cuma cela.

punah segala rasa? iya. aku dah mula berserah tentang segalanya. aku dah mula padam semua keutamaan aku dan kembali melakar nama yang sepatutnya ada di dalam nya. yang tak patut dah aku letak ke tepi. keluarga aku segalanya sekarang. mereka dunia akhirat aku. cinta mati aku. cinta abadi aku. apa yang aku kejar dulu, aku sudah berhenti. aku biarkan dia berlari. sampai masanya nanti, aku akan mula semula. aku ambil simpang ke kanan, dan aku mulakan semula. terima kasih kerana buat aku sedar. segala yang tak pernah menghargai kita, takkan pernah pantas dapat segala pengorbanan kita. aku ikut itu.

takkan pernah berubah apa apa sebenarnya. cuma, impian makin jauh untuk aku capai.~

No comments: