Thursday, May 31, 2012

PRIVILEGES

privileges, atau keistimewaan. eh di sini bukan ank bercakap pasal orang istimewa (OKU) and sorts. semalam terbaca TERFAKTAB, dan apa yang ditulis di situ amatla tertembak kat diri sendiri. haha. so aku nak tulis apa dari segi penglihatan aku dan apa yang aku kena. wahaha ;p tapi bagi aku benda ni dah tak ada apa sangat. mula mula dulu je terasa bagai. sekarang sudah take it easy. :) pasal apa? SOCIAL NETWORKING.

seperti yang sedia maklum (skema sekejap) korang pun tahu social networking ape kemende? tak tahu? kasi contohla, FACEBOOK dan TWITTER. ni dua yang paling hangats sekarang. banyak jugak sekarang punca bergaduh, bercerai, ber clashing, ber ape segala ber, berkantoi pon dari site ini. hebat kan? dan jugak ngeri kan? hewhewhew (feeling comel sekejap).

ok berkaitan pasal tajuk, privileges. keistimewaan. dari segi apa? dari segi bila in relationship. sebagai kekasih atau sebagai suami isteri. bolehla, sebab ade love love kan so berkait. sepatutnya la kan, kalau dia tu seorang yang istimewa di hati kau, kau kena bagi dia kelebihan, bukan takat dalam hati, tapi apa yang boleh dinampak oleh pandangan mata kasar manusia lain. bukan setakat "in relationhsip" status kat fb ke, tapi ade macam macam lagi cara. ye, ade aku pernah dengar pepatah, LOVE IS BETWEEN TWO PEOPLE. tapi sekarang ni, kalau tak dikobarkan, atee senang la ulat ulat bulu naik daun ye dak? banyak la jarum dok mencucuk. sabar berapa lama boleh tahan? kalau takde keistimewaan dia, bukan kekasih. KAWAN BIASA, KAWAN KARIB la namanya. got it?



kadang kadang aku tengok ade jugak lelaki/perempuan kemain lagi asyik benar layan kawan berlainan jantina kat FB or TWITTER ni. layan layan hu haa sini sana elok bereply macam macam. si awek/pakwe dok la mention dokla komen, hareemmmm membalasanya. kalau balas pun kadang kadang sebab nak jaga hati. tapi kebanyakannya balasan ala kadar menjaga hati. lepastu aku tengok satu lagi hal, malu nak kata sayang. aku tak suruh kau dok lovey dovey kat wall hari hari tiap saat. cukupla sekadar INGAT. kalau ingat maksudnya benda tu penting. kot lupa, tak penting la ye dak :)


@abc: good morning dunia!

@def: @abc good morning you!


@ghi: good morning sayang @def

@def: *xnampak xnampak*

contoh~ 


malu kenapa? sebab orang nampak? tapi korang tau tak bahawasanya bila kehilangan barula nk dok teriak, i sayang you, i miss you. jadahnye! kalau dah kena tinggal baru rasa malu nak buang? hello. dulu ada kau main biar, dah takde baru nak cari? selalunya. iye iye, perempuan selalu di salahkan kerana terlalu over dalam relationship. dah sifat? dah kalau perempuan, sekali sayang dia akan stay dengan orang tu tak kirala betapa hebatnya dugaan. tp, ingat jugak, selalu sakit, lama lama koyak jugak. tapi lelaki, dia akan cool bila dalam relation, bak kata dia "ala, biarlah. yang penting aku sayang dia, dia sayang aku. diam diam aje" lepas dah melepas, dia yang paling over. percayalah. (aku bukan cakap semberono aje, ada kejadian berlaku)

kot ye, awek/ pakwe bagi mesej tak berbalas. tapi tup tup tengok kat updates haaa kemain kau. boleh check in sini, check in sana, komen sini komen sana. yg di sini tu menunggula macam tunggul. alasan, eh tak perasan. sorry. ok kat situ kau nampak, MANA KEPENTINGAN/KEISTIMEWAAN DIA? aku bukan nak cakap apa cuma, janganla tak adil. bagi sama rata semua la kan. aku serius paling tak suka dengar jawapan ni "ala ape masalhnye? hak aku, aku punya suka." macam ni ajela. cuba kalau benda tu jadi dekat kau? suka lagi? boleh gembira lagi. hey hati manusia ni bukan batu. ade perasaan. fragile u know?

actually bukan nak apa, just nk ada satu rasa istimewa. kalau sama macam kawan kawan kau yang lain, baik kau in relationship je dengan semua orang. paham?

p/s: makin meningkat umur relationship. makin tua. makin tak larat. kenyataan.

No comments: