Monday, April 09, 2012

setahun :)

060412. Dah setahun. Akhirnya. Sangat gembira. Tak terucap dek kata kata sebenarnya apa isi hati ni.


Dalam masa setahun ni, banyak aku belajar. Belajar untuk jadi kuat, itu yg paling aku banyak belajar. Sepanjang aku kenali dia, aku kenal juga kawan kawan dia. Yang juga, jadi kawan aku. Sekepala semuanya. Aku mcam tak sangka, mereka terima aku, layan aku sama seperti yang lain. Terasa sangat dihargai.


Paling yang aku akan ingat sepanjang setahun bersama, adalah restu dari ayah ibu :').  Paling berharga. Ucapan dari bibir seorang ayah dan ibu, itu ucapan paling aku nanti. Tersipu terkedu. Tahankan air mata, lemparkan senyuman. Nahh cukupla. Aku dah cukup puas :) terima kasih cinta dunia akhiratku. ulangtahun yang pertama, ulangtahun yang aku nanti sebenarnya. Semoga hubungan ini kekal hingga ke akhirnya. Ke level yang seterusnya insya Allah.


Cukuplah sampai sini sahaja. Terima kasih Taufik untuk suatu rasa indah yang dah kau palitkan dalam hati aku. Selamanya ia kekal di sana. :)


Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments: