Monday, January 09, 2012

encik amin tersayang

dah lama dia bersarang kat dalam ni kan. dah lama jugak dia meronta nak keluar. tapi kalau dia keluar arahnya mana? dinding? amin? manusia? ahhh manusia mana punya masa nak dengar karutan ni semua. tak apa. biar jari jari aku sahaja bantu hati ekspresi apa sebenarnya. sendiri keliru kenapa hati banyak menangis kali ini. aku bukan tak punya siapa. gahhh banyak sebenarnya yang ada. cuma kala aku duka siapa apa? tiada. semua sorok bahu. semua pura pura tak ada telinga. heshhhh itu yang gelarnya kawan baik? itu yang gelarnya aku ada bila kau ada. boleh bawak semua tu pegi kubur sama sama engkau nanti.

serius aku dah penatla melayan semua kerenah manusia yang tak habis habis nak jadi talam. tak habis nak makan kawan? sedap ke? kau faham apa itu amanah? serius aku butthurt dowh dengan perangai kau. tak apa. aku faham kenapa kau buat macam tu. dan silapnya juga aku. tak apa, aku akan lebih berhati hati. terima kasih kerana buat aku kembali pijak pada paksi yang nyata. kau buat aku jatuh. biar aku sedar yang aku bukan bermimpi. ahhhh mimpi kau setinggi bintang, tapi akhirnya kau akan jatuh ketanah MATI. jangan punya harapan kau mungkin jatuh ke salah satu bintang atau awan. DUSTA semua.

sebetulnya belum lagi terlangsai semua isi hati. belum terbuka semua pntu berkunci. masih ada sikit sikit yang cuba sembunyi di balik pintu. cepat cepat tutup kembali. sorok diri tak mahu diketahui. kenapa? kau lega begitu mungkin? kau tak kisah orang lain seksa sebenarnya dengan kau buat begitu? ahhh mungkin aku juga harus bikin yang sama. adil? iya adil :)

leleh belahan hati yang carik ni, tak siapa nampak. kaca mata manusia terlalu tebal nak nampak yang halus. dah semua yang indah mana mau lihat yang tidak. aku dah tak mampu nk pura pura tak seksa. aku dah puas macam ni. kenapa tak pernah seorang bebetul tanya. "apa sebenarnya yang ada di hati? ceritalah, aku dengar. luah semuanya, aku ada. jika tak selesa mari aku peluk kau" haaaa angan angan tinggi. kan aku tahu juga itu takkan terjadi. selama 22tahun hidup. siapa berani mengaku pernah buat begitu pada aku? tiada siapa.

so selamanya biar terkunci di situ lebihan emosi. amin, aku pulang ni. kamu jadi teman aku hari ni ok? :')

No comments: