Friday, December 09, 2011

♥♥♥♥♥♥♥ & Ombak Rindu

as salam semua.

semalam kalau korang perasan la *macam banyak sangat orang tahu -.-"* semalam genap lapan bulan aku dan dia. :) alhamdulillah sampai aku sehingga lapan bulan. dah tak terkata dengan kata. tak terucap dek lidah. hanya hati yang tahu. tak mudah nak sampai ke bulan yang ke lapan. tak mudah untuk memendam rasa demi tak mencipta sebuah pergaduhan. naahhh berbaloi kan? kalau pandai sabar, hasilnya indah pasti. percayalah :) aku dah buat aku dah rasa dan aku dah dapat. tak susah nak keraskan hati sekejap. pujuk sendiri kan bisa. kita dah dewasa.

tapi ada satu yang pasti aku takkan berhenti sebutkan. terima kasih pada dia. terima kasih sudi sayangkan aku dengan ikhlasnya. sudi bawa aku sekali dalam dunia dia. sudi jadikan aku yang teristimewa di hatinya. menghiasi tat kala hening menjelang. terima kasih sayangku. terima kasih. tahukan? aku sayangkan kamu :')


^__^

ok done part berjiwang. *ekhemm betulkan mood untuk bersantai pulak.*

ok since semalam our day la kan, kitorang pergila tengok Ombak Rindu. jiwang enuff to celebrate the day? hahah ahh pegi meninggal la. yela dah semua dok heboh dekat fb twitter Ombak Rindu best sampai leleh air mata semua. maka aku dan beliau makin melonjak la nak pergi tengok. ok dah settle tengok. revew aku tentang Ombak Rindu? sebelum tu aku nak mintak maaf kalau ada yang peminta tegar filem Ombak Rindu terbabit. bagi aku, BAGI AKU, aku boleh bagi 3 bintang. sebab aku peminat tegar novel ni. dah berapa kali aku baca. and bila tengok movie......

1) kecewa la jugak. sebab? aku dah bajet dia serupa dengan novel. maybe terlalu tinggi kot expectations aku. even benda benda remeh bila ditukar, sama sekali mood pun berubah. merudum jatuh.. sekarang baru aku faham kenapa peminat tegar buku Twilight pangkah movie Twilight. but still cerita ni sangat baik :)

2) suka potong stim sedih aku dengan adegan yang aku rasa bila aku nak menangis, muncul sesuatu yang buat aku ketawa. whatttt!!! contoh. bila Mila and Izzah ternampak Wafi berpelukan dengan Hariz dekat ofis. then Wafi keluar kejar Mila. and and baju Wafi tersangat ketat. and and perut beliau buncit. and and bila dia berlari. kau rasa? bahahahahahahahahahahahahaha. -.-" duhh

3) Watak Mila. macam tak berapa sesuai untuk Lisa. dia berjaya jadi jahat. aku suka. but still still aku rasa if bagi Fazura. hehe. if, if. would be better. sebab Lisa mukanya terlalu adorable. comel sangat

4) ADEGAN RANJANG. homai homai homai. aku rasa macam tak patut tak patut. sebab aku tengok dengan dia. automatik aku jadi segan secara tiba tiba. jujur, sila jangan adaptasi lagi cerita novel yang punya adegan ranjang yang terlalu banyak. biarkan novel hanya novel.


5)ouh aku jatuh cinta dengan watak Izzah. kudos buat Maya Karin sebab berjaya buktikan kau boleh berlakon dengan baik. sebab aku rasa mula mula she will be the spoiler. but actually Lisa yang spoil. -.-"

6) banyak watak mati. muncul hilang. timbul tenggelam. yela. novel setebal tu kalau nak habiskan 2jam nak cerita semua memang tak la kan. so paham paham sendiri la apa yang jadi kat watak tu.

7) aku berharap aku tak baca langsung novel tu. sebab, aku tak boleh menmghayati. apa yang ada terbayang dalam kepala aku bercanggah dengan apa yang aku lihat. -.-" double keciwa.

8) aku bajet aku akan menangis dengan hebatnya. memandangkan aku ini cembeng. dan hasilnya. aku langsung tak menangis! woahhh. triple kecewa. *adakah aku sudah menjadi kebal?* huuuuu~



ape pun aku enjoy sangat tengok cerita tu. kalau aku tak baca novel tu, aku bagi 5 bintang. scene yang cantik. jalan cerita smooth. tahniah buat semua :)

p/s: tak salah kan kalau aku berangan nak lelaki seperti Hariz.? LOL.

No comments: