Monday, November 21, 2011

surat dari hati.

dah lama aku tak sampaikan isi dari hati. memberontak beliau. beratus kiriman surat yang pengirimnya hati untuk disampaikan ke jari jemari supaya senang dialihkan dalam bentuk huruf huruf. biar jelas isinya. biar terang maksudnya. pertama, jangan salah anggap apa yang tertulis nanti. kedua jangan buat spekulasi tentang apa apa. baca diam dan hadam. tutup cerita semua. terima kasih jika dapat beri kerjasama.

aku bukan apa. kalau kadang kadang semua simpan dekat hati nanti semua folder penuh. aku pun jenuhla nak delete mana yang rasa tak perlu peram, untuk bagi ruang simpan yang baru. tapi terlalu banyak himpit himpit ke tepi makin padat. alih alih aku tak dapat tahan. nahhh, berjejer sendiri. biarla apa yang orang nak gebang. aku yang rasa. kau ada tau ke? tak. sebab kau takkan pernah tahu. hey, tahu senyuman apa ini? ini SENYUMAN PALSU.! untuk biar sekeliling tak lihat apa sebenarnya. tapi dah cukuplah dah tak terbendung lagi rasa. saat tika ini pun aku remuk redam. maafkan aku hati. tak bisa aku jaga kamu dengan sebaiknya. tiap kali berjanji untuk manjaga hati, tiap kali itu juga aku mungkir. jangan sampai kau merajuk dengan aku wahai hati.

aku masih perlukan kamu. nak luah macam mana aku dah ralat. pusing pusing pikir ayat macam mana. takut nanti ada terjatuh. takut nanti ada terkoyak sini sana. sebolehnya semua aku hadam sendiri. tapi tak larat. tak kuat lagi kaki aku nak berdiri. kalau sendiri. aku hilang teman untuk berair mata. aku banyak teman untuk ketawa berdekah. tak tahu mana nak tuju sebenarnya. lari lari aku pusing pusing situ jugak. tak jumpa jalan keluar. masih sesat salam realiti hidup SENDIRI.

bantu aku dari kejauhan. hulurkan tangan andai ada yang sudi. pulihkan hati aku yang calar. rawatla jiwa aku yang longlai saat ini. aku dah tak sanggup tanggung semua. silap sendiri itulah patutnya tak perlu dikesalkan. dah tak terluah dek bicara. tiap kali buka mulut pasti ada kembali yang bertingkah. cukup. dah takkan lagi.

selesai.

p/s: belum pulih sepenuhnya.

No comments: