Saturday, November 26, 2011

LELAKI TERHEBAT ABAD INI.

as salam :)

aritu ade naik satu entri pasal ciri ciri perempuan hot. itu dari pandangan lelaki tau. pandangan encik ichi. so itu bukan penulisan aku. :p kot kalau aku yang tafsir sendiri macam semacam pulak. ok nevermind. berbalik pada apa yang aku nak merapu hari ni. aku nak tulis plak pasal ciri ciri lelaki hot/lelaki idaman semalaya/ and whaterver sort la. HAHA. kebanyakan perempuan mesti impikan benda benda macam ni. so aku nak tulis apa yang ada pada lelaki itu yang buat aku tertarik menarik kau memang de boom! cek cek cekidaud! :)
[nota:sila baca dengan pemikiran yang aku ini single. sekian.]

1) senyuman yang menawan
hahah tak habis habis. no no bukan apa. cube kalau kau suka someone kan, kau tengok dia senyum halahai cayerrr hati jiwa raga kau! kata la kau minat aaron aziz. sekali dia senyum. konfirm korang korang wanita jadi jatuh hati. kan kan kan? tau dahhh. tapi bagi aku, aku minat gile babeng kat Kim Beom (BOF actor) kalau dia senyum kat wa leleh wa cakap luuuuu!

kalau senyuman menawan mesti disertakan dengan barisan gigi yang cantik kan? kalau yang rongak sini sana kalau tersenyum pun kau akan automatik rasa nak marah. so cuba bayangkan, bf kau nak hiburkan hati kau yang duka lara. dia senyum. kalau tak elok senyuman dia bukan buat lagi angin? makanya senyuman yang menawan itu penting. bukan nak menghina, terasa maaf. pandangan peribadi. *dan aku tahu bukan aku seorang aja bukan? :)* biasa orang akan cakap macam ni "senyuman awak kebahagiaan saya" haaa. -eh macam pernah dengar? ahhh lantakkawww.

2)seorang yang kuat/rajin
kalau nak tunjuk dia kuat bukanla suruh dia pegi bina badan ke, pegi angkat kapal terbang. tidak tidak. maksudnya disini yang rajin. :) rajin macam mana? macam semut? kinda. rajin carik rezeki yang halal. yang sentiasa akan memastikan poket dia penuh untuk hari hari mendatang. ekhemm. bunyi dah macam pisau cukur pulak. jangan dalah faham. kuat fizikal pon perlu. untuk angkat kita nanti. nanti. haha. dan yang paling penting untuk angkat...............BEG SHOPPING kita! wahaha. (kalau tangan lelaki tu berurat kental keluar semua ada muscle pon tanda dia kuat. ke? heee. *drolls)

3)baju melayu
haila haila haila. ni major turn on kalau nampak lelaki smart smart pakai baju melayu pergi Solat Jumaat. perghh perghh. dahla pakai baju melayu, pergi solat jumaat/solat 5 waktu. alalalala. runtun beb runtun! and i prefer man who wore black/blu black baju melayu. wooottt!

4)berjiwa lembut
bukan bermaksud kena lemah gemalai longlai macam sotong. no no no! tapi yang sopan santun. yang hormat orang tua. yang punya kesabaran tinggi. walau kena marah macam mana sekalipun, senyum masih lekat di bibir. perghh! ni wajib bagi tabik spring. lagi lagi yang pandai 'menjinakkan' parents si gadis. auhsemm! :D

5)sukakan kanak kanak
muka dah macam bapak orang boleh. muka pecah rumah pon ade. tapi masih, ada hati yang satu ni. sukakan budak budak. aku suka tersangat suka lelaki yang macam ni. pandai layan budak budak. bila nampak baby comel, budak comel comel serta merta muka macho dia berubah jadi muka yang penyayang. awrrrr~ mana dia pergi senang je budak2 lekat dengan dia. eh eh, aku takmau yang pedo ok. HAHA. kot kalau kau kahwin dengan dia kan, dah tetiba dia tak nak anak. sudah! takpun ada anak tapi tak reti layan. biarkan jela dia makan kasut ke pasir tu. haru biru dah!

6)pandai pujuk
enuff said. lelaki yang pandai pujuk perempuan, yang tahan kerenah perempuan adalah yang termacho sekali. :) *yang perempuan plak janganla mengada ngada hari hari nak merajuk. -.-"

7)lelaki nakal
sila jangan salah faham. eh standard la perempuan memang ramai yang sukakan lelaki berkarakter "bad boys". ini la yang diorang suka. konon sebab kalau lelaki skema nerd sangat tak tau bersosial. dah nanti ajak pegi karaoke ke duduk malu ceruk sana sebab malu. tak pernah karok. homai! tapi bukanla maksud aku nakal yang NAKAL. suka suka suwittt anak dara orang tepi jalan, yang keluar masuk lokap, yang kaki buat masalah and no for pervert! pfftt. nakal sikit sikit sudah. paham kan?

8)pandai bersukan
lelaki pandai bersukan, maknanya dia pandai jaga diri dia. yela bersukan kan menyihatkan badan. tak kirala kalau dia main golf ke, bola ke, ragbi ke (ouh i like ragbi!) futsal ke, ape ke, janji dia tau macam mana nak bersukan. bersukan ni pun salah satu cara nak bersosial. takdela duduk rumah mengadap tv online semedang. -.-"


ok cukupla 8 aku rasa. ni pun macam ada lagi but biarlah yang biasa biasa je. sila ambil nota. aku tulis bukan berdasarkan apa yang ada pada dia. ini sebelum lagi ok. kalau dah TER ada tu bonus la ye dak? :D dan aku serius tak pandang rupa. kalau dapat tu pon BONUS jugak la ye dak? haha.

p/s: tak payah nak senyum sumbing ye.

4 comments:

ichi said...

Awrrrrrrrr....:)~

nur nabilah syazwani said...

hahahaha tralalala~ :p

MetaL MilitiA said...

mmg semua ciri2 tu aku takde. mati aku.

nur nabilah syazwani said...

HAHAHA. dah aku cakap itu pandangan aku kan. maybe lain girl lain citarasa :D tp xkn semua kau xde? *tipu