Saturday, October 08, 2011

siapa perempuan sebenarnya?

as salam semua :)

aku baru terjebak dengan blog terfaktab. gile kau ni ketinggalan! HAHA. sedapp wook baca blog dia. entri tentang love life. so kadang kadang aku baca untuk tahu apa sebenarnya pasal perempuan mahupun lelaki. ehemmm. seronok baca. love life aku tunggang langgang ke smpai aku kena baca terfaktab? haipppp tidakla. :) baik baik aje. aku baca sebab nak tahu dan maybe ade info dalam tu yang boleh elakkan aku dr buat sesuatu yang boleh menggoncangkan relation aku. *haa hamek kau menggoncangkan. HAHA.

aku just nk huraikan kat sini ape perempuan sebenarnya? bukan la aku nak huraikan bentuk badan ke, saiz ke macma mana terjadinya bla bla bla oh no no no. ni lebih kepada sifat batin perempuan. melainkan perempuan tu bebetul perempuan barula dia tahu diri dia siapa. orang lain sebenarnya tak tahu nak tafsir apa tu perempuan. korang cuma boleh tafsir sifat sifat yang zahir. yang kat dalam meronta gila bagai nampak? tak kan? :) even ibu sendiri pun takkan tahu apa yang anak dia fikir. mereka cuma tahu perangai dan sifat zahir. yela, banyak perempuan ni DRAMA QUEEN. kadang kadang berjaya kan?

ok nak tahu? betul tak betul itu aku yang sendiri nilai. mungkin ada lagi sifat yang lain? perempuan sebenarnya tak sesusah yang lelaki lelaki semua cakap..... "payahla, sikit sikit nak merajuk." "sesuka je nak marah mem-pig blind" "lantak kau la. aku tak kuasa nak layan" dialog feveret lelaki bila dah malas nak layan. dude, fikir. cuba kalau satu hari nanti, perempuan tu pergi, kau jugak yang rindukan.

1) perempuan bila senyum
manis kan kalau perempuan tu senyum? lagi lagi kalau ada lesung pipit. nak nak yang ade pipi buncit. rasa nak gigit gigit kan? tapi tahu tak di sebalik senyum tu ada seribu makna. ok aku tak dapatla define sampai seribu makna. itu peribahasa ye. dia ada dua makna. satu senyum pura nak tutup kesedihan kat hati, satu lagi senyum yang bebetul senyum.

macam mana nak tau yang mana tipu yang mana betul? senang. kalau nak tau yang tipu, bila senyum kau tengok mata dia. adakah mata dia ikut senyum? kalau sekali senyum sampai kadang kadang pipi tonggek menutupi mata, haaa betul la tu senyum ikhlas. kalau senyum pura kau boleh nampak dia senyum yang cepat cepat dibuat buat. cepat lukis senyum, cepat juga dia padamkan. itu pun kalau ade lelaki yang nak perasan sampai macam tu sekali.

so kalau dapat tau senyum tipu tu adela tu something wrong somewhere. janganla nanti dalam hati plak monolog sendiri "mengada la nak bagi hint hint. malas aku nak layan" kang kalau pempuan tu lari tau la kau nak cari. heh. please jangan amik mudah. tanya dan jangan cepat melenting.

2)perempuan belok belok/perempuan pembaris
haha. jangan gelak! maksudnya, belok belok=penipu. pembaris=jujur/straight forward. kalau yang dapat kaki tipu semedang tu sampaikan nama sendiri pun dia tipu kan, yang tu wahajibla di beri penumbuk sedas dua kat muka. apa nama pon nak tipu? cehh. perempuan ni buakn suka sangat nak menipu pun. dia ada sebab kenapa dia tipu. memang tak pernah wujud la istilah tipu sunat. tengok jugak sebab ape dia nak menipu. ye semua tak suka penipuan. tapi perempuan ni sensitif kan? pernah dengar:

"girls biggest lie is when you asking- are you okay? and she reply with -yes i am fine. but actually deep down inside she is not fine"

sebab kenapa dia tipu? sebab nak jaga hati lelaki yang dia sayang. lelaki. ego. ego memanjang. spesis mereka ni kebanyakannya tak boleh ditegur. walau tegur benda betul sekalipun mesti adela sesikit nak melenting. dah kata dia rasa semua dia yang betul. nak tinggi tinggi ego bawak pegi mana? huh! *tak semua ye. KEBANYAKAN* kadang perempuan takmau gaduh sebab benda yang remeh temeh. so dia diamkan. tapi dalam hati gejolak dia. tsunami pun kalah. jadi kenala sentiasa beware on everyhthing. jangan main pakai belasah je.

perempuan pembaris. haha. ini perempuan yang jujur straight forward in everything sebab dia rasakan there should not be any lies in relationship. yes, true super true. perempuan macam ni dia tak suka simpan. sebab bila simpan dalam hati tu akan rasa macam berat sangat. mulut tu ringan je nak melontar kata kata. tapi beware! janganla pulak kau pegi belasah maki dia "woi aku nampak kau ngn betina lain kan tadi. kuang ajaqQQ kau tipu aku siall syaitoonnnn!!!" woo relax relax. elok elok cakap. entah entah kawan je ke? tapi kalau dia dok merenyam elok bagi kaki je. blah! cara nak jadi si pembaris berjaya macam ni.

tengok dulu mood pasangan. ok ke tidak beliau? kalau ok kena pandai main mukadimah. cakap baik baik. "sayang, tadi ai nampak yu la. dekat PKNS. eh, pahtu siapa yang sebelah yu tu ye?" dia takkan marahla. kalau marah tu mengada. dah cakap elok elok nak marah marah. dia mesti akan balas elok. so ape tindakan seterusnya bergantung pada jawapan dia. pandai pandai pilih mana satu yang elok.

sebenarnya elok tau jadi pembaris ni dari belok belok. habis semua dia takde simpan simpan. senang jugak kan lelaki tak payah nk susah korek ape benda la yang awek aku ni dok marah marah. tak suka cakap tak suka. contoh kalau laki kau suka korek idung pahtu salat merata. bagi je sebijik "eeee ape la sayang ni, tak elok laaaa. kotor!" even nak tegur benda macam ni pon ada tata tertib. jangan kau jerkah dia. memang dalam hati dia akan rasa malu sebab kena tegur. tapi lepas ni dia mesti tak buat dah sebab dia tak mau lagi kena tegur. see. dapat kebaikan kat situ.


3)perempuan bila terasa/kecil hati
yang ni part paling penting. apa benda yang boleh buat perempuan ni kecil hati. banyak. even sekecil kecil kuman pun benda boleh buat dia kecil hati. semua benda sepatutnya di jaga. korang jangan nak cakap benda ni leceh la ape la, sama je. lelaki pon nak kena jaga jugak hati. kental. konon! so fair la kan. kau jaga hati dia, dia jaga hati kau. kalau kau cakap dia "oi kau ni hodohla. bughok. pegila tukau baju lain. takpon buatla pembedahan pelastik. HAHA" mungkin dia jugak akan ikut senyum ketawa sambil berkata "iye aku dah lama tau. bak sini duit. HAHA" kau tak tau kan dia balik rumah sebenarya dia belek diri depan cermin. smbail bermonolog dalaman "hodoh ke aku ni?" sambil pikir balik apa yang kau dah cakap tadi.

dia akan jadi down serta merta. even mulut dia tadi ikut sama ketawa. tapi sebenarnya hati dia terguris tau. so kalau perempuan, janganla di bawak main soal rupa paras ni. SENSITIF. tak elok pon sebenarnya bawak main soal rupa, itukan kejadian Allah. jangan persoalkan. ada sebabnya kenapa jadi macam tu. :)

lagi pasal duit. ingat ye tak semua perempuan ni materialistik. kau pun boleh tengok sendiri dari gaya dia. semua dah boleh baca. dari cara dia pakai, apa dia makan, kat mana dia makan. kot kalau yang stok makan kat tempat mahal mahal, takmau mamak. takmau gerai. nak TGIF je. tu elok la, jadik pengikis harta kau esok. kompom! jangan senang tafsir perempuan tu gila harta kalau kebetulan pulak dia mewah. hoho. kebetulan dia pakai kereta mahal, atau lagi advance dalam semua segi. kau dah cop dia, "AHHHH minah MATERIALISTIK". kau tak kenal nak main cop cop.


4)perempuan menangis
kenapa ye perempuan senang sangat menangis? lagi lagi kalau tengok tu sape pelakon yang sikit sikit je nak sebak. mula la suara dh bergetar. itu memang pelakon. PELAKON aku katakan. HAHA. jangan salah sangka kenapa wanita menangis. jangan anggap dia lemah. bukan sebenarnya. banyak kata "air mata adalah senjata wanita pakling berkesan" betul memang betul. tapi tu dulu la. dulu. sekarang dah tak main dah drama air mata ni jadik senjata. silap kau balik kena jerkah.

hati perempuan ni lembut. sensitif. sangat sensitif. kau tengok je kat lua dia macam tu "mak aih ganaihnye die haaaa. kalah stone cold" "makkk oiii garangnye cik adik ni". sebenanrya hati dia selembut tisu. mana perempuan kata dia tak pernah nangis. tu kau punya masalah saraf la tu. baik cek. dia menangis bersebab. ada yang mengada nangis. sikit sikit nangis. tu elok lempang sedas dua. elokla penyakit dia. dia menangis sebab hati dia rapuh. jatuh bila lihat benda yang hati dan mulut dia tak terluah.

mudah mengalir macam tu je air mata tu. takpun bila dia sakit sangat kat hati. takde sapa boleh dengar jeritan hati dia so dia luakan dengan air mata. sekurangnya sedikit beban dia keluar sekali bersama air mata tu. jangan sekali kau anggap "golongan lemah". dia sebenanrnya dah terlalu kuat menahan perit jerih semua. sape cakap pempuan lemah aku stapler pakai gun nak?

kat bawah ni ada artikel:

Wahai Tuhan, mengapa wanita sering menangis?

Jawabnya:

Kerana wanita itu unik.
Aku ciptakannya sebagai makhluk istimewa,
Ku kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya,
Ku lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman,
Ku kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia,
Ku teguhkan peribadinya untuk terus berjuang pada saat yang lain menyerah,
Ku berikannya naluri untuk mencintai anak-anak dalam apa jua keadaan sekalipun,
Ku kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh teman,
Walau disakiti oleh “orang” yang dia sayangi..
Wanita makhluk kuat,
Tetapi jika satu saat dia menangis itu kerana Ku berikannya air mata untuk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.

“WANITA itu ISTIMEWA”


ok aku rasa macam dah terpanjang lebar pulak aku hurai, MEREPEK sebenarnya. maaf la panjang benau aku rasa. ada banyak lagi tapi nantila sambung ye :) so lelaki *ade ke lelaki baca? HAHA* kami ni tak susah nk difahami. senang je. korang je yang suka pusing pusing. ala senang cerita, MALAS nak amik tahu kan? tak adil la macam tu.

No comments: