Thursday, October 27, 2011

perjumpaan rasmi antara ayah dan arjuna :)

as salam semua :)

dah lama la tak update. setiap kali nak update je mati idea. dah takde tajuk. sekarang dah ada. tajuk cam gempak. HAHA. kalau sesiapa yang ada add aku kat FB adela yg dah tahu. semalam 26 October 2011 adalah salah satu tarikh yang aku paling akan ingat sampai bila bila. selain dari birthday ayahnda tersayang. satu lagi sejarah tercipta. banyak sangat dah kau cipta sejarah dalam hidup aku. *ok dah lama tak berjiwang :D

kalau sesiapa sedia termaklum sebelum sebelum ni aku ada update status kat facebook twitter and even dekat blog aku ada up satu entri pasal restu? tu sebenarnya lebih kepada pra-restu sebab ayah cuma tahu siapa dia dan aku dengan siapa sekarang. sampai situ. dan cerita selebihnya cuma sikit sikit dari mulut yaya atau ibu. aku lagila langsung tak buka cerita. HAHAHA.

Bukan apa. kalau siapa kenal siapa AHMAD NORDZRI aka my daddy taula mereka. masa mula mula aku cakap dia dapat greenlight dari ayah rata rata macam tak percaya. yela, ayah ni karakter dia agak garang. semua orang cakap macam tu. tapi sebenarnya ayah ni banyak sense of humor. dia suka menyakat orang, bahan anak anak dia. HAHA. macam serius tapi dia suka buat lawak, tapi ada mood dia yang angin angin. so kena jaga jagan :)

so bila cakap taufik dapat greenlight semua agak terperanjat. nak nak lagi, dia la satu satunya arjuna hati aku yang diperkenalkan dengan tertibnya. cukup semua ada nama aku perkenalkan. nak dijadikan cerita minggu lepas hari khamis ayah balik semenanjung. cuti katanya. kebetulan aku nak ambil barang pada ibu so jumpa la sekali ayah. ape lagi, aku seret sekali taufik. miahahaha~ so itu pertama kali jumpa ayah salam cium tangan kau. dah berpeluh peluh dahi haaa even aircond. jantung dia aku rasa dah nak tercabut kot? haha. macho macho. steady bro steady~ haha.

so semalam aku balik rawang sebab deepavali dan nak buat cupcakes kak sue sayang. :) dia nak bertunang dah. congrates ye! ok back to the story. masa tengah sibuk kat dapo ibu tetibe menjengah cakap macam ni

"kau tau long. ayah bagi kau kawan dengan taufik tu. ayah restula hubungan kau dengan dia. *sambil senyum lebar"

"eh yeke bu? bila ayah cakp? ayah cakp macam tu *aku tak percaya"

"iye ayah yang cakap macam tu. patutnya dia nak ajak sekali taufik makan hari ni. dia cakap ajakla sekali kawan along tu. ayah nak interview. hahaha. tapi tak jadi kot. tengokla"

"eh eh? haha. yeke? okla macam tu. *senyum smpai dahi"

aku beriang ria heyhoo bagitahu taufik and dia pon seronok. hoi dapat restu sapa tak seronok? beronok ronok kau~ then diorang pegi breakfast aku tinggal rumah. balik je angah terus masuk dapo

"along along. ayah kan dia nak ajak taufik makan sekali. dia suruh kau cakap."

"eh kau bia benar."

"iyela. betul la ayah cakap tadi masa kat kedai mamak. ayah suruhbawak resume skali. xde resume fail! ahahaha"

"ouhooo. hahaha *aku dah konfius. sebab angah ni bukan betul sangat kadang kadang, haha"

dah bersembang kecoh hiruk pikuk ayah tiba tiba masuk dapur.

"along kau bagitau sape tu kawan kau tu. AYAH AJAK DIA MAKAN SEKALI. ni sekali je ayah offer ni. hehehehe"

dah semua tercengang. ape lagi habis kena bahan. suruh bawak resume. suruh baca doa qunut. baca al-fatihah bagai. kahkahkah. aku senyum sendiri. hey, korang ingat senang birthday boy nak ajak. ni ayah ajak ayah. AYAH. hohoi bertuah besar budak itu ok tuan besar ajak makan sekali. #untungla.

mula mula taufik takmau. dia takut. haha. *sorry bukak cerita sini. but, even dia takut dia ok jugak untuk datang. berani kerana benar. haha. tunjuk sikit yang awak tu memang betul betul serius. so semua meet up dekat The Curve, The Chicken Rice Shop. sebelum masuk tu dia ada cakap "jangan tinggal b tau." HAHA. cehh -.-"

mula mula sesi bersalaman, sesi memperli pun dah bermula "haa jumpa jalan nak sampi sini?" HAHA. sebab pakcik tu tak tau jalan. kihkihkih. sengih sengih jela dia. dia tiba tiba jadik tersipu malu. pensopan. semua la. pijak semut pon belum tentu mati. senyum je sentiasa. amboi nak markah lebih? :p buat buat la makan slow sopan santun. ada jugak sesi makan kek. serius aku sendri ingat ayah tak jadi nak interview. but, lepas habis makan kenyang semua ayah bersuara

"haa. ape duduk situ pulak yaya. bagi abg taufik tu duduk sini." tukar tempat mengadap ayah. HAHA. bermula la sesi bertemu dan menduga. macam macam soalan semua keluar. dia jawab tenang, senyuman je banyak. adehla lega senang hati aku tengok. dia pun beres je jawab semua. alhamdulillah. then the best part was when ayah says these words

"Uncle RESTU hubungan korang berdua ni, cuma ingat pesan.............*panjang lebar dia bebel*"

^____^

busy sokmo ayah ni -.-"

yes! aku dapat. perkataan tu. perkataan tu. RESTU. alhamdulillah. alhamdulillah. apa yang aku cari aku dah jumpa. aku dah dapat. terima kasih banyak banyak ayah :') ayah cakap lagi

" nanti pandai pandai la pikir apa pulak lepasni. takkan nak macam ni je kan smpai bila bila. pandaila rancang dari sekarang"

theheheheeee. taukan apa dia? lalala~macam tula ceritanya. panjang sungguh haa. ok smpai di sini sahaja aku bercerita. so doakan jodoh aku dengan dia smpaila masanya nanti. :) insya Allah.

p/s: terima kasih sayang sebab awak berani. :) u deserve my respect syg. iloveyou! :D
p/ss: terima kasih ayahanda AHMAD NORDZRI. along ingat pesan ayah. terima kasih banyak banyak. sayang ayah!

8 comments:

N said...

happy for u kecik :)

nur nabilah syazwani said...

thanx niez :')

JImmy said...

Terbaik!! Sumpah aku salute Taufik! Hahaha. Dah jom double date pula.

nur nabilah syazwani said...

he have my respect dude :') may the best man win. nnti aku smpaikan salute kau ke dia. hahaha bila taim? :D

EirA said...

wahh..beshla kecik da dapat grenlite dr ur family..hepi 4 u dear..so,da next..i'll be waiting to get invitation card from u..wink2x :)

nur nabilah syazwani said...

thanx syg!harhar. best wookk! terasa semua lega je. cuma tunggu masanya nanti. hey i will. tunggu ey lagi 2thun stgh. kihkih :) insya Allah.

EirA said...

Alhamdulillah.. da ada perancangan.. Ok2..InsyaAllah segala2nya berjalan dgn lancar yer..jangan lupe jemput aku taw!!ingat..hehe

nur nabilah syazwani said...

insya allah mintak semuanya ok :) iye mana boleh lupa nye :D