Thursday, October 13, 2011

ada pernah kau tahu?

ada pernah kau tahu bila waktu aku betul betul senyum?
kamu tahu. kerana tiap kali itulah kamu buat aku menangis.

ada pernah kau tahu bila aku perlukan kamu?
kamu tahu. dengan cara kamu tinggalkan aku.

ada pernah kau tahu yang aku tersangat sayangkan kamu?
kamu tahu. dengan menyayangi orang lain dalam diam.

ada pernah kau tahu aku rindukan kamu?
kamu tahu. dengan tak pernah sahut panggilan mahupun balas sms dariku.

ada pernah kau tahu sakitnya hati aku?
kamu tahu. dengan menyinggung hati aku lebih hebat.

ada pernah kau tahu aku mahu kamu jadi bahu dan telingaku?
kamu tahu. dengan pura pura tak endah luahan hatiku.

ada pernah kau tahu aku siapa?
kamu tahu. dengan mengubah aku siapa seadanya.

ada pernah kau tahu aku menangis?
kamu tahu. dengan gembira bersama orang lain.

ada pernah kau tahu aku dimana?
kamu tahu. dengan bila aku sudah tiada.



p/s: aku bosan menunggu render sambil OT. entri tiada kena mengena dengan kondisi semasa terima kasih :)


2 comments:

siti hawa amran said...

entry besh ! betol2..kamu tahu..tapi kamu saje buat-buat tak tahu..heee...

nur nabilah syazwani said...

hoho. biasalah. ini EGO namanya :D