Thursday, September 22, 2011

starting a new life with a new book baby :)

dah jauh kedepan aku melangkah meninggalkan semua yang sisa di belakang. ahhh tak mungkin lagi aku akan kutip semuanya. walaupun seringan cebis habuk takkan aku kutip. takkan aku simpan. kenangan itu bukan untuk dikenang. ia untuk jadikan pengajaran. takkan satu pun aku aplikasikan untuk meniti yang hadapan. bila katanya mahu berubah mahu hidup dalam dunia yang baru seharusnya semuanya, SEMUANYA dibuang. jangan tinggal secebis pun. iya! aku lakukan itu. semuanya aku buang. alhamdulillah aku bahagia kini. tak satu penyesalan pun aku palitkan.

aku harap inilah yang terakhir kali aku coretkan tentang ini. cuma aku mahu jelaskan pada semua. aku memang sudah melangkah. melangkah ke dunia yang baru. :) dan jangan lagi diungkitkan kenangan dulu. pada aku, aku tiada siapa siapa sebelum dia. hanya dia yang pertama dan terakhir buatku.

p/s: aku sayangkan kamu seluruh hidupku sayang. pertama dan terakhir.

No comments: