Thursday, September 08, 2011

sempurna tapi cacat.

terpana penglihatan.
terasa basah di alur hati.
turun satu persatu.
mengalir tanpa rasa.
sejuk seluruh badan menggigil.
cuba menggosok mata,
cuba menidakkan yang iya.
bangunla kamu.
sungguh itu bukan mimpi,
REALITI.

penat hati bertanya mengapa.
penat kepala pusing cari jawapan.
nokhtah semua.
gagal.
satu persatu jahitan tetas.
berdarah tanpa ada yang tahu.
cuba kucantumkan semula.
nyata perit.
cuma Tuhan yang tahu bagaimana.
telan bulat bulat semua.
ketawa palsu pun tak guna.
senyum lagi la pamer dusta.
sungguh aku kalah sekarang.
berhenti aku terduduk meraup muka.
ketawa berdekah dekah bagai sang gila.
menitis jatuh kaca kaca duka.
kenapa?

angka 5 tak menunjukkan apa apa?
menginjak meniti bersama tak ada apa?
semua kasih tiada nilai?
nyata sendiri pun tak punya jawapan.
sejuk seluruh badan.
fikiran masih tak mampu tenang.
berkocak menggila taufan badai semua.
tolonglah.
aku cuma mahu tenang.

perlahan aku bangkit
jahit kembali apa yang terbuka
walau sakit perit
aku lakukan juga.
bukan semua mahu lihat aku begini kan?
aku akan senyum.
tapi hati aku tidak.
kerana dia tak akan menipu.
dia tak pandai bikin drama.



p/s: jangan letakkan 'aku' sama dengan 'dia'. 'dia' bukan lawanku.

No comments: