Saturday, August 13, 2011

mengalir pekat menuruni hati

As salam semua :)

bila emosi dah bercampur gaul memang sedapla rasa nya nanti. memang bila dah emosi lebih lebih menguasai diri memang semua benda kau tengok tak kena. semua benda tak sedap kat mata kau. semua benda kau tak nak itu taknak. nak memberontak je rasa. pasang lagu kuat kuat. buat tak tau apa jadi kat sekeliling. masa masa macam ni la kau diberi peluang untuk 'berehat' dan boleh menangis tanpa risau apa apa. sakitnya dalam hati ini entah kenapa tiba tiba menyerang. seluruh pelusuk rongga penuh dengan api api.

kenapa tak pernah satu pun rasa aku ni ada? kenapa tak pernah satu pun hirau aku ni bernafas? organ aku cukup lengkap semua. apa kamu rasa aku juga boleh rasa. nak kata sebab itu aku jadi macam ni mungkin la? hahah. tapi timing dia memang baik la. time macam ni. :) this emotion starting to killing slowly. dead on the inside. where there were no one knows. tersudut aku kat tepi. meraup muka mengalir segala. pedih perit kau tau? sekecil kecil sekelumat perkara itu yang aku ambil kira.

sudahla jangan ambil pusing lagi perkara yang tak ada gunanya aku pikirkan. serabut kepala aku jugak yang tanggung seorang. tak lagi la aku mampu nak bebankan orang lain. biar ajela tersendiri sepi.merenung dia cuba mencari senyuman. aku jumpa! akhirnya. terima kasih. kau akan selalu ada kan? selagi kau ada, aku akan juga tetap ada. :D

No comments: