Monday, August 08, 2011

"..........ku terima kekalahku"

salam ramadhan yang ke 8 semua :)

hari ini hari isnin. esok selasa. lusa rabu dan bla bla bla. haha. aku saja je nak merepek repek sebelum kita menjadi serius dengan tetiba. puasa memang bebetul mengajar aku erti kesabaran. alhamdulillah, sepanjang Ramadhan takde apa apa yang mencabar jiwa aku berlaku. semua berjalan dengan lancarnya. syukur. dan aku harap sampai ke hujungnya begitu. insya Allah. tadi aku ada cakap, nak cerita serius. serius berkenaan emosi.

hari ni aku emosi sepanjang hari *tak payah nak bedaah. hari pun belum habis* haha. ok sepanjang pagi hingga ke sekarang. penatla macam ni. aku tak PMS pun. pagi pagi aku dah jadi emo. aku tahankan. tak mau la makruh nanti puasa. aku tak tahu kenapa apa mengapa boleh jadi macam ni kat diri sendiri. heshhhh. penatla. bila lagu yang ni berkali kali berkumandang kat telinga aku, dia sentap hati aku. perghh~ tercarik carik. bait baik lirik dia. bait lirik dia.................. aku runtun sendiri. cuba untuk tak mendengar, tapi lagu ini sedap sangat tsskk tsskkk. apa boleh buat. aku dengar juga dengan hati yang gagah. tapi tak segagah mana. bergenang jugak. serius ini. melodi dan lirik dia bebetul memang.........

deyyy~ aku tak mintak la nak jadi macam ni. aku pun tak mau. sakit tau. tolonglah faham walau sekejap. aku bukan manusia yang kuat. gagah jauh sekali. aku rapuh dan perlukan sokongan. itu sahaja yang aku pinta. matahari kadang kadang pun kalah dengan hujan kan. beralah sebentar pada hujan. dibiarkan ia mencurah lalu. bila selesai pasti matahari muncul kembali.


p/s: maaf kerana merepek.

No comments: