Wednesday, August 10, 2011

EGO

salam semua :)

hari ini aku tiba tiba nak menulis tentang EGO manusia. bukan LEGO ye, EGO. sinonim Ego letaknya pada LELAKI. ouh yeah, lelaki! perempuan juga punya ego tapi kebanyakannya orang akan sinonimkan kepada lelaki. ayat ayat biasa dengar "ala, lelaki biasala EGO." apa Ego? *aku dah macam buku dewan bahasa. haha* meh kita kupaskan apa maksud disebalik EGO. zassss~

Ego ini bagi lelaki semcam maruah. perasan tak kalau lelaki yang tinggi egonya tergolong dalam kelompok Panas Baran, Kepala Angin Batu, Pentingkan Diri, dan Tak Mahu Mengalah. tak kata semua ada benda ni, cuma kamu tergolong dalam kelompok ini. aku tergerak nak menulis berkenaan ego bila aku lihat betapa senangya ego seorang lelaki jatuh bila berkaitan PEREMPUAN. hoyeahhh! :D *perempuan semua boleh bersorak gembira* yang sebelum ni seorang Lelaki yang katanya tinggi menggunung ego tapi runtuh rata hanya kerana seorang PEREMPUAN. hebat tak hebat kuasa Wanita? *ok guna wanita nampak macam matured sikit. gahaha*

bila di tafsirkan, ego ni sebenarnya macam yang aku tulis kat atas tadi. panas baran, degil, pentingkan diri dan tak mahu mengalah. sebab ego ni macam maruah. jatuh ego, jatuhla maruah. yela, bila kau dulu agungkan sangat ego, sekali bila jadi sesuatu, kau tiba tiba merayu ape semua. malu tak malu kalau benda macam ni kau buat? lepas tu respon yang kau dapat tak macam yang kau nak. perghhh~ dahla jatuh maruah kau, kau dapat malu sekali. PAKEJ!

bagi aku, ego ni memang perlu ada buat semua manusia. perlu! sebab kau tak boleh senang senang mengalah macam tu aje untuk sesuatu yang kadang kadang tak berbaloi. tapi kau tak boleh EGO dengan ibu bapa kau, dan Tuhan. kau dah langgar hukum kat situ. ouh aku tak nak cakap banyak banyak pasal ini sebab aku pun tak cukup ilmu. nanti silap mana mana, kena gam susah aku. aku cakap general aje ok. ego perlu untuk defend diri kau. defend dari? dari dapat malu. tapi kau kenala jugak setting ego tu elok elok kat tengah je. jangan tinggi sangat jangan rendah sangat. cun cun je! :D kadang kadang orang over, setting tinggi tinggi. orang cakap dia salah, dia nak menang jugak! alih alih jatuh tersungkur. jatuh dari tempat yang terlalu tinggi. akibatnya, cedera teruk. mana cedera? HATI.

berbalik pada Ego=maruah lelaki. memang la kau ego sebab nak ajar seseorang tu mana tinggi rendahnya langit tu. tapi apa apa pun kau masih di bawah. masih tak tinggi dari DIA. ajar sikit sikit sudah. bagi muka jugak kadang kadang. terlalu ikutkan ego, kau sendiri merana. nanti menyesal. tak perlula semua benda kau nak betul. semua benda nk ego. dahla naik scoot Ego, dahtu kau nak mencacak lagi tinggi ego? tak seswaiiii deyy~ *ok tak kelakar*

ape seronok sangat kau setting tinggi tinggi, dari jauh tengok orang tu merana merayu? seronok sangat ke kau tengok kekalahan orang lain.? gembira mungkin? itula sifat keji manusia. bergembira di atas air mata orang lain. PADAN MUKA mungkin? haha. tafsirlah sendiri. elok sangat ke sifat macam tu?

kadang kadang ada yang sengaja buat buat Ego dan katanya "ala takpe. dia sayang aku tu. ego sikit je pun. aku just nak tengok dia sayang aku banyak mana." sekali kau putih mata tengok dia betul betul tak patah balik pada kau. seronok tak macam tu? dahtu nak lagi Ego tinggi? dah kau sakit hati, kau dengki. hehey. *topik baru nnti, DENGKI*

pokok pangkalnya jangan terlalu EGO. tak baikla. tak bawak ke mati pon rasa tu. tak berbaloi kadang kadang letak tinggi tinggi. sebab jatuhnya nanti terlalu tinggi. biar buat apa yang setimpal dengan apa yang kita bakal dapat :)


p/s: aku dah melanggar Wordless Wednesday. gahahaha. ghasakk!

No comments: