Thursday, July 07, 2011

semangat yang jatuh.

salam semua.. :)

semalam aku ada post satu status dekat facebook yang berbunyi begini

'kenapa perlu lagi aku wujudkan perasaan itu pada diri sendiri? kenapa perlu lagi aku jatuhkan semangat aku sendiri? kenapa aku perlu lagi rasa sebu bila lihat itu? sungguh aku jatuh. jatuh yang benar benar jatuh.'

menimbulkan kontrovesi penulisan aku semalam. sampaikan dia salah faham. aku tak salahkan dia. memang aku yang salah. sepatutnya aku beritahu dia apa aku rasa. tapi sungguh aku tak pandai dalam luahan hati sendiri yang kadang kadang aku pun tak ngerti. macam mana aku nak bagi dia faham tanpa ada rasa salah faham? cuba beritahu? sungguhnya aku tak mahu dia rasa terpimggir. hanya dengan cara itu (post status) aku boleh release sedikit.

kenapa aku post status kontrovesi itu? sebabnya AKU CEMBURU. pada siapa? tak lain tak bukan FIFFY. siapa? ex beliau. biasanya, aku tak kata semua tapi aku tahu ramai yang rasa. biasanya perempuan yang baru mula nak berpasangan dengan pasangan yang baru akan lihat diri dia dengan diri perempuan yang sebelumnya. lihat apa kelebihan dia yang ada yang boleh diguna pakai. sebab mesti ada sesuatu pada dia yanng buat pasangan kita sukakan dia kan? nak nak lagi bertahan lama. yang buruk pun perlu untu buat rujukan. mana yang dia tak suka, jangan amalkan. itu gunanya perbandingan.

dan aku juga membandingkan diri aku dengan dia. aku lihat disitu. keburukan dia ada juga pada aku. pada aku yang DULU. sebelum aku kenal dunia sebenar. masa aku suka suka seronok gila perhatian. yes i am one of them! kebaikan dia aku tak pernah lagi tahu tapi aku rasa. ini betul. sejahat mana dia, sebenci mana keliling dia pada dia, apa pun dia JAUH lebih baik dari aku.
kalau nak dibandingkan kecantikan. dia jauh lebih cantik. lebih comel. aku kalah di situ. tapi aku kuatkan jugak hati, gumam kata "kecantikan bukannya kekal abadi, tak perlu cinta seseorang hanya pada paras rupa". tapi nyata aku makan balik kata kata aku. kadang aku gebang di luar. hati aku DIA saja yang tahu peritnya aku memujuk hati.

kerana itu aku rasakan aku benar benar jatuh saat dia bebetul membandingkan aku. aku tenggelam. aku kecewa. dia menghina paras aku. membandingkan paras aku dengan dia yang mana umum pun tahu, siapa yang menang.

bodoh tak bodoh aku? sangat bodoh sampai aku boleh jatuhkan semangat aku sendiri dengan membandingkan benda yang tak masuk akal. sampai saat ini aku masih keliru, apa yang mereka dan dia terutamanya pandang pada aku? paras? mengarut! hati? takkan siapa pernah kenal hati budi dalam masa yang singkat untuk jatuh hati. ini lagi mengarut.! perangai aku? ini tak masuk akal. entah. try and error? ouh mintak dijauhkan.

cuma sekarang aku terpaksa kuatkan diri demi keliling aku. teman, dan dia. aku tak nak lagi dia terasa dengan apa sekalipun. aku cuba buang benda itu jauh jauh. tanamkan semua karut. biar aku bisa tenang bersama kekasih kekasih aku tanpa ada bayangan dia tersenyum mengejek pada aku. doaku cuma tenanglah wahai hati. sabarlah wahai jiwa. teguhkan lagi tembok kesabaran aku. tinggikan lagi imanku. ya ALLAH aku memohon!

kekasih hatiku TAUFIK, maafkan aku.

3 comments:

N said...

aku jadi blank bila baca post kau ni, sbb previous post kau semua happy2 dengan beliau.

camnilah kecik, aku seriusli mengerti apa yg kau rasa, lg2 bab comparison dgn ex, tanda tanya nape dia pilih kita, etc etc. maybe ini sifat insecure kita, kita low self esteem, tuh kita compare diri kita dgn ex.
aku pon mcm kau jugak, serius lah apa ko tulis ni mmg apa aku rasa tiap kali psl ex dia muncul.

tapi kan, sepatutnya, bila kau dah happy mcm ko stated dlm previous2 post ko, ko tak perlu dh compare diri ko ngan dia. sekarang ni sapa yg ada taufik tuh? kau kan? bukan dia kan? trust in him, trust in urself. tak perlu dibukak cerita ex dia dh, tak perlu ko compare serba serbi diri kau ngan dia, no, that's a wrong way dude. ko adalah kau, buat apa nk compare dgn org lain? everyone's different pon.

eheh aku pon takmau ckp byk2 sbb aku pon serupa je. tapi nasihat aku, fikirkan taufik n kau, tak payah dah fikir psl ex dia. jgn difikir byk sgt. kau kuat. igt tuh, yg buat ko rasa low tuh semua benda negatif je. oraito?

eh sorilah kalau aku menyimpang ke, silap bg nasihat ke, haha, tapi aku harap korang okay je la smpai bebiler :)

nur nabilah syazwani said...

aku tak tahu nak mula dari mana niz. aku happy dengan dia. sungguh. tapi bila aku sorang sorang tiba2 dtg pulak syitan mana bisik bisik aku suruuh bukak profile dia. dannggg! aku kalah disitu. entah aku cakp ini cakap itu. then aku balik makan cakap aku sendiri.

ape yang kau cakap tu betul semuanya. terima kasih banyak banyak. aku happy ade jugak yang sama dengan aku so dia peh nasihatkan aku dengan lebih tepat. :)

aku admit silap besar sebab aku bandingkan aku dengan dia. wayyyyyy tooooo wrongggggg! hahaha. but still sometimes, deep down there aku rasa kecik sekeciknya. but semalam lepas cakap2 dengan taufik aku release. aku tenang sebab apa yang dia cakap buat aku sedar. yes, now i am his. tak perlu aku nak lihat lagi ex dia. sekarang aku dh beransur ok. prof dia aku dh block.

and thanx sgt2 untuk wish kau yang terakhir. itu harapan aku, impian aku insya allah termakbul.:')

and terima kasih sekali lagi niz. thanx a lot!! :)

bidadari cinta said...

lumrah dunia, setiap insan yg dlahirkan di dunia x cukup sempurna. jgnlah bel banding2kn bel dgn ex taufik dan tgk kelebihan org tu xde pd bel. lain org lain pula istimewanya kan?? taufik pandang bel mst sbb ada lebihnya pd bel.kt siapa nak tau apa yg ada dlm hati pasangan kt. lgpun lelaki ni kekadang suke diamkn apa yg die suke pd seseorg.jrg la lelaki nk bgtau kat org lain.bykkan berdoa moga hub bel n taufik dirahmati Allah slalu.biarlah cinta yg dbina ni berdasarkan batas2 yg Allah dh tetapkan.Tuhan dah tetapkn jodoh kt.tinggal kt je yg memilih.kenangan lalu jadikan pgajaran.see u at ofis ok?? muaxxxx!!