Monday, July 25, 2011

RELATIONSHIP: it's a ROUGH sailing people :)

salam semua :)

aku dah mc selama seminggu. tak seseronok mana pun sebab duduk melepet di rumah tak boleh buas buas. sini or sana. dah kata sakit so buat gaya sakit la kan. sejak entri terakhir aritu, aku dah berhenti berblog. ada benda nak diluahkan. tapi aku hold dulu buat sementara. dah lama kan aku tak tulis entri dari hati. aku baru lepas terbaca entri dari cik N. aha! *u know who u are babe :)* and apa yang ditulis tu sangat sangat betul. 100% setuju dengan dia. so apa yang bakal aku tulis ini berkenaan hubungan yang mana bagi pandangan aku. berdasarkan apa yang aku alami dan apa yang aku pernah dengar.

macam ni. kalau dah kata pun hubungan, mesti ada jatuh naik. tipula kalau sikit pun tak pernah jatuh. jangan tipu dengan kata "nope, we never had a fight before" itu masalah namanya. adala mana mana tak kena sini sana. bukan nak menghasut, but its true! kadang kadang apa punca gaduh? kalau puncanya orang ketiga? heshhh, tak payah bazir tenaga dan air liur perasaan peluang bagai, silala tinggalkana sahaja dia. he or she. mana mana la. because, once he/she had cheated on you, he will do it again. kemungkinan dia masih ada. aku pernah nampak dan lalui sendiri. yes, semua orang berhak peluang kedua. tapi depends on what situation. penipuan apa yang dia dah buat sebelum ni. untuk yakinkan hati yang dah tertipu bukan senang. parut masih ada dan mungkin akan berdarah kembali. so think it twice.

nak kata sebab sayang? cehhhh. sayang tu kau tak boleh bawak pegi kedai pajak la. alih alih sayang punya pasal, kau dying inside. perit rasanya tak boleh gambar dengan kata kata. kau kena rasa sendiri. kena sayangkan diri sendiri dulu baru kau boleh yakinkan orang untuk sayang orang lain.

berdasarkan pengalaman aku yang tak seberapa ni gaduh yang kecil boleh bawak ke besar. so kau kena pandai nak handle macam mana. janganla mengada ngada merajuk. kalau satu pihak marah, kau diam dulu. cool down. carik semula apa salah kau. kalau dah terang terang salah yang satu lagi kau janganla sembur dia maki maki. haishhh~ nampak sangat kau panas baran di situ. siapa nak hidup dekat dengan gunung berapi? aku pun tak mau. marah dia cara berhemah. dia mesti cool down punya. takkan adala lelaki/perempuan tak makan pujuk. kalau ada dia tu sebenarnya masalah. haha. contohla kau nampak pasangan kau dengan kawan perempuan dia bercakap mesra mesra, berchatting bukan bukan yang boleh menimbulkan kemarahan kau. kalau boleh cakap dengan dia apa yang kau tak suka. tapi dengan cara yang elok.

jangan sesekali kau meletup tak tentu pasal, kau maki sini sana, kau perli kaw kaw punya. dia boleh makan dalam. sakit tu. memangla kau kena nampak tegas kat situ, dan supaya dia ingat tapi cara tu agak tak kena. cuba tegur cara elok elok manja manja gurau gurau senda contoh "u, i tak berapa sukala cara u msg dengan kawan u tu. boleh kan kalau u tak msg mcm tu lagi ea syg? biasa biasa sudahla tau. love u :)" cakap dengan aku siapa yang nak marah kau balik bila kau cakap cara macam ni? kemungkinan besar dia akan ikut cakap kau dengan eloknya. tapi kalau kau guna ketegasan yang keras tu kemungkinan besar korang akan gaduh lagi teruk. haha. tak percaya buat. pokoknya nak menegur ada caranya *tapi kalau pasal orang ketiga itu memang tak boleh bagi muka la ye. macam aku cakap awal awal tadi*

lagi gaduh kalau pasal kawan. kalau korang dapat pasangan yang jeles tahap dewa. cool chill. jangan pasal ni korang reject dia. ish, ade penyelesaian dia. benda semua boleh bawak bincang. kalau dah semua benda kan tak boleh, dia nak sekat kau sini sana ape benda pon takbleyyy~ itu barula kau tinggalkan dia. ape sebab? hehey kau nak nanti dah kahwin dia sekat kau sini sana semua ape pon takbleyyy~? mesti tak nak kan? tapi memang kau kena ikut cakap suami kau. selagi apa yang ditegahnya/dibuatnya tak melanggar hukum islam, kau WAJIB ikut. nampak situ? so sebelum kau dikongkong kaw kaw kau buatla kompromi dengan dia. slow talk. kau tanya dulu dia ok ke tidak dengan life kau. kawan kau semua. he/she have to fit in with ur friends! this is a must! melainkan dia duduk hutan tak bercampur orang. itu aku tak tahu. bagi aku la, nak berkawan tak salah. pergila kamu. asalkan kau tahu batasnya. kau siapa dan kau ada siapa. ingat relation kau tu. jangan dengan kawan kawan kau yang lain pon kau main redah taram je. kau masih ada hati yang lain untuk dijaga. kata nak sehidup semati kan kan? so jaga hati semua orang. pikir sebelum buat/tulis. *aku banyak jugak terbabas. so ini aku tulis untuk aku juga haha*

fikir apa kesannya kalau kau buat/tulis ini. apa yang lain akan fikir. tapi kadang kadang kau rasa dah ok semua. takde salah mana mana. takda lebih sini sana. tapi masih jugak kena sembur dengan pasangan. haaaa, itu masalah. kau kena tanya sendiri pasangan kau. apa sebabnya? and pasangan tu pun janganla simpan simpan. cakap apa yang tak kena. kalau duk simpan je, nanti dia buat semula, kau jugak makan hati. yes aku tahu, lauk HATI tak sedap. so give and take. pokoknya lagi BAWAK BERBINCANG ELOK ELOK. kot kalau yang sorang dah bagi muka kan elok elok, janganla kau terkam dia. cuba kalau kau balik yang kena? marahkan? so jangan buat apa yang kau rasa kau akan marah kalau dia buat. *faham tak? haha*

lagi gaduh pasal ex. ouh ini mimpi ngeri. kalau gaduh pasal hal ini sampai bila pun tak akan kemana. kalau boleh, untuk kedua dua pihak. janganla diungkit apa apa, aku ulang APA APA sekalipun yang boleh dia/kau teringatkan kekasih lama. dah kata pun LAMA, buat apa nak dikenang. buang segala memori dengan dia. anggap sahaja dia tak pernah wujud. buang semua, SEMUA. percayala, kalau bergaduh pasal EX, sakitnya tak akan pernah sama. benci tak kalau gaduh pasal EX? macam serasa wujudnya orang ketiga kan? so please please jangan ye :)

so macam aku tulis kat tajuk entri, hubungan ni macam jalan kat kampung. kadang kadang berlubang, ade bonggol. kejap kejap karang adela lembu kambing melintas. so kalau korang banyakkan SABAR dan PERCAYA akan sampai destinasi tu tak kirala berapa jauh sekalipun, korang mesti sampai. asalkan ada bawak bersama encik SABAR dan puan PERCAYA ;) enjoy the relationship darlings..~

--------------------------------

*ini untuk kamu sayang*.bagi aku. persahabatan dan hubungan kita dua dua aku jaga. dua dua aku sayang.jangan la kamu marahkan persahabatan aku sebab sebelum jadinya hubungan kita ni, kita bermula sebagai kawan kan? aku bukan jenisnya yang curang. tolonglah. aku sedar diri siapa. jadi tak perlu la kammu nak rasa aku mungkin curang. itu bukan aku. aku dah bunuh aku yang dulu. sahabat aku dan kamu jauh bezanya bagi aku. tinggi kamu lagi sayang. aku jaga kamu dari jaga aku. sayang aku pada kamu masih yang teratas. aku banyak kawan lelaki. kamu juga ramai kawan perempuan.

so kita mesti sama sama faham kan sayang? aku tak mahu ikat kamu. tapi batasnya aku tahu kamu jaga dan aku pun sama. ngerti kan sayang? jadi kalau ada apa apa yang aku pernah buat kamu luka, beritahu. jangan simpan. aku berhak untuk tahu. tak pernah kan aku simpankan marah aku pada kamu? semua aku luahkan. sebab aku tak mahu simpan marah untuk kamu, aku mahu simpan sayang. :') aku dah pernah ucap. kamu yang terakhir bagiku, insya Allah. tak lagi aku pandang kamu sebagai kawan lelaki aku, tapi teman hidupku, jika diizinkan Allah. insya Allah sayang.

seriusnya aku pada hubungan yang kali ini. kau sendiri pun tahu. tak usah aku tanya, kamu sendiri tahu mana letaknya kamu di hati ku. jangan pernah kamu ragu dengan tingkahku, jangan kamu pernah noda sayangku. bolehkan? tahu betapa aku sayangkan kamu.kan? :) doaku agar kau lebih mengerti sayang. :)

3 comments:

zuezue said...

wahhh~ sgt brilliant! (: dulu pon bende cmnie pena jd kt owg..huuu~ tp, now da boleyh give n take.. this kind of penulisan sgt precious..i vote for u bebeh! ^_^

nur nabilah syazwani said...

wawehhh..terharu ni zue ;) thanx a bunch dear ^___^

cik Lily said...

nice writing dear... MEmang betul pon, cik Lilt still ingat lg, ada ustaz yg incharge kokurikulum kitorang masa kat U dulu pesan, nanti kalau dah bersuami pun n nak suruh dia buat apa2 kerja dan jugak makesure dia buat jgk kerja tu, kenalah cakap dengan lemah lembut dan wajib gunakan TOLONG dgn nada selembut boleh. Insyaallah si suami pun sejuk mendengar. hihi