Wednesday, July 20, 2011

HOSPITAL PUSRAWI



salam semua :)

ouh berkenaan tajuk entri di atas. yes, aku masuk hospital. sebelum ni mulut ada pernah jadi masin semasin ikan masin. kan dah dapat. aku pernah wish nak masuk hospital. aku nak masuk saja nak ade pengalaman. skali hamek memang dapat.

aku ada minor surgery pada 19 Julai 2011. disebabkan oleh benjolan yang ada kat blakang badan aku. kan sebelum ni ada cerita di entri ini. pada hari Ahad lepas aku pegi cek dekat panel ayah aku dekat BTP dan doktor tu sendiri kata dia memang tak boleh buat. sebab benda ni dah teruk. sebab dia dah merah merah. so aku kena bius satu badan. OHEMGEEE~ so berdasarkan apa yang dia cakap memang sangat terukla kan? and the scariest part is "bila buang benda tu nanti, dia tak tutup dan akan berlubang" erkk~~ takpela redha aje. so dia bagi surat dan esok pergi kerja aku cakap dengan resource management aku kena cuti and bla bla bla bla. ramai yang kaget kenapa aku nak cuti. tak perlula kot nak cerita kat semua. segan hakuh! haha. so sampai one of my senior called Taufik to get the story. ah ghasakkk kau! theehee~ mana tak kaget sebab aku cuti kemungkinan dalam dua minggu. kerja semua lagi. huhu, kesian mereka. sorry ye Jason, Justin and lagi lagi Adila. sebab aku tinggalkan kau. T_T

hari Selasa 19 Julai 2011 aku pergi hospital Pusrawi and terus kena masuk wad pagi tu. doktor tu sendiri cakap ini memang dah teruk, sepatutnya datang masa mula mula ade benjolan dulu. mana la aku tahu benda ni nak jadi macam ni kan. ouh well~ dah jadi pun. so amik iktibar, kalau ada je benda pelik pelik tumbuh atas badan kau, pergi jela check up cepat cepat. doktor yang akan buat OT kat aku nama dia Dr. Razipah. and nama sakit aku ni adalah Infected Sebaceous Cyst at Back..senang la sebab dia perempuan kurangla malu. aku masuk bilik OT pukul 1.26 tengahari macam tu. sebab masa tu tengah azan Zohor. tukar baju semua. aku ingat jalan sendiri tapi rupanya dia tolak atas katil dari wad aku smpaila tingkat 3. ouh no! *malu dowwwh* haha. but korang ado? ado? hehe. :p

masa check in kat wad

masa dalam OT tula menakutkan. haha. macam selalu tengok drama tu. hikhik! masuk bilik OT. even minor surgery je pon, terasa la jugak debar. selagi ade je perkataan SURGERY tu, tetap menakutkan. haha. so macam biasa dia cari urat. bila tengok jarum dia nak cucuk tu memang rasa nak pengsan terus. dia masukkan jarum tu...................... pedih pedih la jugak then dia ketuk ketuk skali cakap "alamak. sorry dik. dia tak jalan pulak" ok. dia try lagi, dia cucuk lagi dalam dalam dalam dalam. tapi memang tetap jugak tak jalan. deymn~ kena cucuk tempat lain. nasib baikla yang kedua ni jadi. ouh bila dia nak tarik keluar jarum terbabit, terasa la nak keluar ayer mata daku. hoho. perit ni.

dan bila dia cucuk ubat pertama masuk. ok itu biasa. batuk batuk sedikit. memang effect dia. ok fine. kemudia ada lagi satu jarum penuh. erghh. dia cucuk je masuk. kau boleh rasa dia punya ubat tu berjalan terus naik kau punya urat. kembang je rasa dia. perghhh~ lepas tu dah pengsan terus. haha. sedar sedar dah habis. dia panggil panggil nama aku kejut. dia cakap "nabilah, nabilah. kita dah sudah ye ni" aku angguk angguk aje. yela baru je sedar pun. kat dalam OT tu aku boleh dengar nurse, doktor bercerita cerita. pasal apa aku lupa tapi adela bercerita jugak. haha. kemudian aku terasa ade cecair pekat mengalir keluar dari luka tu. darah la kot. aku boo layan kan je nak panggil tak larat. hoho. then diorang tolak aku balik naik wad. malu ape dah tak rasa dah. aku penat yang penting. terasa jugakla pedih pedih manja katt belakang badan aku ni.

sampai je kat wad aku, diorang pindahkan aku atas katil. time tu barula diorang perasan darah mengalir banyak. lapik jela nak buat macam mana. *aku bukan bocor aaaa.. haha* so perkataan pertama aku tanya " pukul berapa ye sekarang?" haha. nurse jawab pukul 2.45 petang. ouho sejam lebey jugakla ea surgery tu. then aku mintak nurse tu call ibu. *bukan sebab aku melilau cari ibu ye, sebab nak kasi tau dah habis surgery* mihahahaha~ iye betol la! ;p

dah nurse tu panggil then my mummeyh datang kelam kabut. ouh ibu, chillex. am ok :) hehe. then ade lagi satu insan yang aku lagi tak sangka akan datang memandangkan waktu tu pukul 2.45 petang. MY BOO, TAUFIK!!!! ouhemgeeee~~ dia datang dia datang!!!!!!! terharu aku tak terucap dengan kata kata. malu pun ade sebab sememeh haaa muka baru sedar. nak menangis ada. terharu sampai tak terucap. gembira sampai dah lupa nak senyum. bahagia la...!!!ouh sayang, terima kasih!!! bila aku tanya pukul berapa sampai, dia cakap dah sejam jugakla. lagi aku terkedu. love u soooooo much syg! muka dia penuh muka risau sebab tengok aku macam tu. kata dia "takpela sayang. sayang bini punya pasal..." haha. mengada kau ni! ;p

ni baru je lepas habis surgery (yang hanya berkapas tu silap. yang kat tepi tu baru betul)

petang tu dia my aunty datang dengan sepupu dia. aunty noor dari terengganu. so sembang lalalala my sayang pun balik sebab dah pukul 5 petang. ikutkan dia memang tak mau balik. dia cakap malam nanti dia datang lagi. perghh perghh~ huhu. terharu haa~ dah malam tu kebetulan ibu pulak tak dapat datang sebab dia sakit gigi. maka nasib baiklah Taufik ada temankan aku sampaila habis waktu melawat. takdela aku sorang sorang smpai malam. huhu. kelam kabut dia balik terus dari kerja mandi mandi siap siap nak datang. takut tak sempat. *sampai kena marah ngan mama dia sebab pergi tengok aku tak cakap. haha* cerita best. masa dia nak keluar tu, ada nurse tanya "tu siapa tu.? tunang ke kawan?" ouh dengan selamba badak katak dia cakap "ouh tu TUNANG SAYA" ahahaha. malu hakuh! :p

penteman malamku.haha.taufik syg bersama amin darling. :')

esoknya sesi dressing. ini bukan buat salad ye. ini sesi mencuci luka. Ya Allah! sakitnya. sakitnya aku tak boleh nak gambarkan dengan kata kata. hanya dengan jeritan dan air mata aku je boleh gambarkan sakitnya macam mana. bayangkan, aku punya luka ni tak bertutup. adala besar duit syiling 50sen. dan dalam lubang luka tu dia sumbat kapas. bila dia nak cabut tu, satu hal sakitnya pedihnya. bila dia cuci tu, dia sental sental la isi aku. tonyoh tonyoh nak cuci. haha. boleh rasa tak seghiyauuu nye sakit? haha. then dia cover balik dengan kapas. tu pun dia siap tonyoh tonyoh lagi masukkan satu satu. erkk~ aku sampai sekarang terasa meremang la bulu ghoma aku. haha. :p

so aku check out dari wad pukul 2 petang. pulang ke rumah di Rawang. aiiiihhh~ balik jugak ke rumah akhirnya dan aku bercuti sampai la 27 Julai 2011. oihh! lama tu. haha. so hari sabtu ni ada appointment sengan Dr Razipah nak jahit luka aku ni. aihhh! JAHIT. JAHIT. sakit yawww! xpela. nak sihat punya pasal. so nanti hupdett lagi.

kepada yang mendoakan aku tu terima kasih banyak banyak. terharu! :') kepada ayah dan ibu!! lagi banyak terima kasih daku ucapkan. mereka yang membayar semua. terima kasih banyak banyak. pasti akan aku balas nanti. along sygkan ibu dan ayah!!!! dan buat kekasih hatiku, Taufik terima kasih jugak sebab berada di sana. i love u too much! ;)


11 comments:

anata said...

the same doc yg check akak ms suspect ada lump kat breast...baik kan dia...anyway,get well soon dear

bidadari cinta said...

patutla taufik selalu mhilang je dr ofis ni.klu ilang kemain lamanya..mengular dah tu.. hehe :P :P

nur nabilah syazwani said...

kak nur: ala bukan selalu pun la. hahaha. ni sekali je pon. sesenyap sudeyy. :p

ichi said...

k.nur: diam2 sudah...stghari je sy g sne,tu pn time nabilah nk wt lubg hinges..haha. y len tu sy mmg ula..=p
jmpe mlm kang my dear~

nur nabilah syazwani said...

bb: lubang hinges?? hahaha. deymn~ aaa sabtu ni ai nak buat sao hao. haha :p ok syg. see u tonite boo :)

cik nina said...

auw auw.aku yg bace ni ase seghiauuu..wuuuu~get well soon dear!!...nanti raye nk jumpe ko lahh..hik2. *tetibe*

nur nabilah syazwani said...

cik nina: aih aih aih. so penceritaan aku berjaya la buat kau terasa? hahaha :p boley boley~ :) nnti pape roger jela.

Nur Rifah Safirah Sharum said...

hello.. just nak bertanya. kos rawatan akak ni berapa eh?

nur nabilah syazwani said...

Hyee :) kos dia dalam rm2+++. Lupa dah include wad ke tak.

Nadia Musnin said...

Sis..nk tanya..lubang tu skng da tertutup elok lepas jahit?? Tq

nur nabilah syazwani said...

@nadia musnin sebenarnya tak rapat. masih terbukak. hhaha sebabkan i gatal pergi mengayuh basikal memang padanlah muka. ikutkan dia rapat je. hehehe