Friday, July 15, 2011

ciri ciri blog annoying

salam semua :)

JUMAAT yang indah. tapi dah tak berapa indah sebab kena marah. hahaha. padan muka aku. degil sangat. hoho. sorry sayangkuh! :p dah clearkan dah semua. thehheeee~ mood Jumaat ini dirosakkan lagi oleh benda benda yang aku rasa ramai dah bengkek tapi masih nak buat. hohoho. ini pasal blog. aku jarangblog walking. sangat jarang. sangat. hahaha. aku baca pada yang aku follow je.

dah ramai sebenarnya yang buat entri pasal benda ni. tapi aku nak tulis jugak. sebab kau tak rasa ke benda tu annoying. rasa tak? rasa tak? tak rasa memang takde perasaan. ah ghasakkk kau! meh aku nak list kan. random list ok

1) aku tahu kau nak capai rating tinggi, nak buat income, tapi berpada la. iklan tu kadang kadang beratttttttt sangat dan sampai benda lain semua sangkut. nak nak lagi panjang bebenau iklan kau sampai aku scroll ke bawah bawah bawah baru sampai entri kau. sekali entri seperenggan. hey, tak berbaloi la usaha aku penatpenat scroll.

2) ini paling annoying!! auto player. aku bukak je tab kau DANG! lagu keluar. kot kalau aku tengah dengar lagi sendiri kat palylist, kan dah bercampur campur. rimas. so aku terus tutup. nasib kau. kadang kadang lagu sedap aku layanla, itu kalau sedap. tapi disarankan janganla taruk player yang auto. please, aku pun nak menghayati baca blog kau.

3) tulis dengan bahasa malaysia bukan bahasa makhluk asing planet jupiter dan singkatan yang melampau lampau.aku tak paham. kadang kadang aku punya lidah akan terbelit sama untuk baca entri kau. deyy mana bahasa kau belajar? contoh biasa: klo aQ gtaw kaw aQ shuke ye en, ko ase ye shukeww aQ x? ye encem uh!!

lepastu dengan tulisan besar kecik besar kecik, tak penat ke kau menaip? macam ni sAyA sUkA mAkAn NaSi HiMpIt. SeDaP! (aku tulis banyak tu pun terkial kial.)

4) header yang sangat besar. sampai aku nak kena tolak bar kat bawah nak tengok entri kau yang sebelah kanan. kecik kecik sudahla. bebiasa je.

5) lepas tu lepas tu kau punya pointers. mak aih! ade yg kelip kelip, ade lampu lampu(?) haha. ade yang berderet deret ikut. memang comel memang. tapi semak! lepastu lagi *brape banyak lepastu nak taruh ni -.-"* ade pulak glitters hujan turun turun. ini lagi semak!!! tolongla. buang. aku nak baca entri. bukan datang pesta fun fair.

6) haha. ini aku nak gelak dulu. memang, gambar pencerita tanpa suara. tapi, please. aku tahu kau hensem/cun tapi takkan entri kau 2 3 baris gambar kau amik perasan sorang sorang tu smpai 5 6 kau taruh. satu cukupla. nak bagi letak pun bagila yang berinformasi sikit gambar. ini tak de kena mengena.

7) lagi lagi aku tak faham bila font tu nak yang berpusing sini sana. bengkok atas bawah. lepastu ade yang kecik kecik kecik. letak ARIAL punya font pun ok. takpun letak yang dah di beri sahaja. kadang kadang huruf dia dekat dekat. nanti aku terbaca lain nanti. haaa acamne? dan warna tulisan. ouh ini bukan kindergarten. kalau dah background putih, janganla letak warna kuning. sakit bijik mata! nak warna warni pun, yang sesuai la.

8) aku tak suka kalau dekat info pasal diri kau tu akan ada ayat ayat lebih kurang macam ni "ini blog aku suka hati aku la. kalau tak suka kau boleh pergi kat tab paling atas sekali sebelah kanan, ade simbol x tu kau tekan situ. terima kasih" ape info tak welcoming langsung!

9) tolong jangan tulis benda benda yang menggelikan *kentut takpe derr. haha* contohnya pasal cara cara nak buang air besar, lepas tu letak gambar sekali. apekah????? kalau aku tengah makan? kalau ada ibu ibu mengandung baca? macam mana??

ada lagi yang lain tak? aku banyak jumpa yang ini sahaja. ahaha.

1 comment:

zuezue said...

hahah..so far yg num 5 uh mmg ramai ske..huhuh~ but,moral of the story..simple tak bermakne tak semenggah..^^