Monday, July 04, 2011

awkward penglihatan manusia.

salam semua. :)

hari ini aku just nak buat conclusion tentang benda benda yang aku rasa betul tapi dari pandangan manusia lain, ini benda PELIK dan patut dapat pandangan serong. dari mana datang kepelikan itu sendiri aku tak tahu.

apa yang aku senaraikan ini bukan dari undian orang ramai tapi dari apa yang aku rasa dan aku lihat.

1)KAHWIN AWAL

perbualan 1
adik:Mak, adik nak kahwin la tahun depan.
Mak: haaa??!!! kau dah GATAL sangat ke nak kahwin??
adik: =.="

perbualan 2
minah: makk aih. awalnya kahwin budak tu. umur baru 20.
munah: entah entah dah terlajak? mana tau tu yang nak sangat kahwin.


*aku tak faham mana GATALNYA kalau kau usulkan nak kahwin. bukan itu benda baik? lagi tak faham kenapa kalau kahwin awal mesti akan timbulnya kau ni dah TER ini TER itu TER ini..tak faham tak faham.

2) BUANG SAMPAH

orang akan pelik kenapa kau sanggup redah jauh jauh cari tong sampah semata mata nak buang secebis tisu. mesti akan ada yang kata "alaaa, buang jela kat sini".

orang akan pandang kau dua macam kalau kau marah kenapa kau larang orang buang sampah keluar dari tingkap kereta. bagi aku itu TAK SENONOH!

3) TATASUSILA

bila kau bermadah sikit, orang ketawa. bila berjiwang sikit, orang bahan. bila bersopan sikit orang cakap tak gengster aaa camni/mesti nak control cun@macho. ke kau nak orang tu kentut kuat kuat depan muka kau baru kau kata, ini gengster. nak macam tu?

4) KEMAS

aku suka la. aku suka kemas meja kat food court. bangla tu lambat buat kerja. aku angkat pinggan, aku kemas. aku letak kat troli dia. aku siap lap lagi meja tu. ape ade hal? tapi kenapa orang keliling aku pandang, dan tak kurang jugak orang bersama aku tu malu sebab aku buat keje bangla. nak tanya, benda tu salah ke?


*ada lagi. tapi aku update kemudian. mood swing.. :)

2 comments:

Izlan HoiHoi said...

FTP!
den jumpe typo di awal perbualan
tahun nyeh bukan tahuna!!...
haha

nur nabilah syazwani said...

ahhh. silap sikit jela pon! hahaha. dh betul!