Friday, July 01, 2011

HOSPITAL OUH HOSPITAL~

salam semua :)

salam bulan JULAI. sebenarnya banyak benda aku nak tulis. asyik pending je. kerja pun kadang bukan banyak sangat..aha! kantoi la. minggu ni aku rasa aku makan gaji buta banyak sangat. well! what to do. diorang yang tak bagi keje so aku tak boleh nak salah mereka. haha. peluang untuk berehat katanya. :) bulan julai ni jugakla bulan yang macam macam. macam macam yang sangat macam macam. hahaha. *cakap pun dah belit belit* baiklah lupakan sahaja.

hari selasa kalau tak silap. aku pergi hospital Kajang. buat apa? takkan aku nak pergi belajar memasak pulak. of coz la sebab aku sakit. sebenarnya agak malas nak pergi. aku jenisnya yang sangat liat nak pergi klinik, lagi lagi hospital. MALAS yawww! selepas di paksa oleh semua orang, di paksa oleh Dell, dan dipaksa keras oleh En Sayang, aku pergi la jugak. sakit ape aku? meh sini mau cerita la ni.

benda ni dah lama. cuma aku buat tak berat. tapi selam aku buat tak berat tu dia tak sakit. ape benda yang aku cakapkan ni? hahaha. ade ade benjolan di belakang badan berdekatan dengan tulang belakang. belah kanan. sebesar duit 50senx2. boleh bayangkan? selama ni dia warna kebiru biruan macam lebam. nak kata bisul, bukan. cuba cuba picit tapi tak de pape. so aku assume dia xde pape. sebab tak pernah effect ape ape. tapi aritu dia start rasa sakit. kalau berjalan dia terasa sakit. bersandar, lagi lagi kalau kau tekan dia. macam tekan lebam. sakit yawww! seksa la jugak. so aku cerita dengan dell, mak and taufik. aku nak google aku tak tau nak google apa so amik keputusan pergi hospital je.

haa ini yang aku nak highlightkan. aku tak suka HOSPITAL KERAJAAN! sangat leceh. ade bilik saringan lagi. ade dua ok! yang ketiga barulah dia cek. masa tunggu giliran nak pergi jumpa doktor, ada sorang perempuan ni kena langgar lari tak silap. berdarah darah kening dia, kaki, siku dia. muka dh pucat sebab tahan sakit. tapi dia still kena pegi bilik saringan. i think she needs some stoches tho, but still diorang lengahkan sebab tak bawak ke mati, katanya.

memang semua dah kesian tengok dia. tapi aku rasa kawan dia dua orang tu agak bangga sebab kawan dia dapat attention. WT?? sebabnya kawan dia dua orang tu dok cakap kuat kuat macam nak tarik attention, bla bla bla yada yada yada. aku rasa korang boleh agak macam mana kegedikan mereka. then ade sorang kakak ni, serius aku suka cara dia. dia bengang sebab doktor still tak bagi budak tu masuk and suruh tunggu. sekali dia bangun, dia pergi selamber langgar je masuk bilik doktor and suruh doktor tu dulukan budak tu. perghh!!! gua suka cara lu la! KERING habis!! :) barula doktor tu kelam kabut nak suruh dia masuk.. cesss~ STRIKE ONE!


dah bila turn aku,aku masuk dalam tu aku dh konfius. doktornya mana satu? bilik kecik dengan padat barang barang, ade tiga orang doktor. dua atas kerusi, satu atas katil. atas katil? hoi kau nak cek aku dengan ade lelaki dalam tu ramai ramai, dengan pintu belakang tu terbukak orang lalu lalang boleh nampak badan aku. deymmn~ STRIKE TWO!

dah tengah tanya semua, tiba tiba handphone dia berbunyi. eh? aku ingat dia nk biarkan. sekali lagi aku eh? dia jawab dan ber sms lagi yaawwww!! cool dowh! ahakz. cool abah kau!! STRIKE THREE!

dah habis cek semua pegi amik ubat. nasib baikla memang tak kena bayar. kalau tak memang aku shoot kat situ jugak. dengan cek macam endah tak endah. asal cukup syarat je cek nya. apekah? memang lepas ni aku pegi panel apak aku kat Tawakal je terus.

itula dia ceritanya. hahaa. sekian~

No comments: