Saturday, June 18, 2011

HATI.

salam semua. :)

hari ini dah masuk hari sabtu. sepatutnya orang bercuti beriang ria heyhoo dia rumah. tapi aku kerja. buakn setakat separuh. malahan sepenuh hari. aku kecewa down down down. tak mengapa. aku kerja hari sabtu dengan penuh semangat pun sebab dia pun sekali kerja. sama sama sampai pukul 6. semangat sesangat.. :)

sepanjang minggu. deret 7 hari. bengkak kat situ dah aku rasa makin hari makin hebat. makin bernanah. tak tahu nak toreh bagaimana biar hambur keluar semua luka. aku tak suka kalau nak menahan isi hati. dengan cara paling lembut aku utarakan. aku tak mampu tahan lama lama. aku takut luka lagi. dah aku gantikan hati yang baru. mampu berharap takkan pernah lagi berdarah. tak mungkinla. sedangkan kadang kadang lidah pun kita boleh tergigit, inikan... itu semua adat. ada naik ada turunnya. ade senyum ada tangisnya. ada senang ada susahnya. setengah orang mahu lihat aku susah. ade setengah susah lihat aku susah. itu yang paling cari.

hebat bengkak di hati, tentu banyak darahnya. tekad. aku toreh jua .berhamburan semua tak berhenti. surut sedikit tapi parut tetap bisa lihat. besar. aku usap kemas harap tak mungkin lagi terbuka sebegitu besar. tak mungkin lagi aku sanggup rasa. hati aku tak mampu tanggung. sabar aku tak mungkin jadi lagi tinggi. cukup hanya setakat itu. aku manusia biasa. langgarnya ada sini sana. sempurna tak pernah lekat. cuma harapan ada insan mahu mengerti.

sehingga kini aku masih terasa pedihnya luka kelmarin. aku tak mampu tanggung seorang. hanya mampu aku berharap. hanya mampu aku usulkan pada diri. "hati, aku harapkan kesabaran kau. hati, aku perlukan kenaifan kau dalam mengaburkan mata dunia. tolong. tahankan lagi." kadang hati aku berdolak dalik. menolak semahunya pinta naluri aku. detiknya benar. acap kali detik hati kata itu, aku tolak. naluri aku terjah hati biar jangan ada risau. alih alih hati juga menang. kata hati "aku dah bilang". menyesal tak sudah mengharap keampunan dia. mengharap sinar nya senyuman dia. ahh! itu semua hanya angan kabus. tak jelas tapi masih lagi terlihat. jangan pinta lebih. jangan gunungkan harapan nanti risau lapiknya tak teguh.

No comments: