Wednesday, June 08, 2011

bila senyum pura cuba kalahkan gelora gila hati.

salam semua. :)

hari dah masuk hari rabu. alamak, sepatutnya aku update benda ni semalam punya semalam tapi aku dah kelupaan. dangg~ sibuk sangat buat keje. *sibukla sangatt kau* nak tahu cerita apa? ala takde ape ape sangatla. cuma MONTH-NNIVERSARY aku dan dia. itu saja. dah masuk dua bulan. :) cepat sungguh masa berlari. ape pun, saya akan tetap sayangkan awak. tiada dua atau tiga, hanya awak seorang. eceewaahhh~ muehehe.. :p

tapi hari ni aku just nak fokuskan pada pendedahan hati. asyik asyik hati. kau ni nabilah. tak de mende lain ke kau nak hupdate. biarlah. tujuan aku buat belogg pon sebab aku nak luah kan perasaan. kalau nak baca, baca. aku tak paksa. :) hakikatnya aku suka menulis. kalau sampai mood aku nak menulis laju jeeee.

entahla kenapa kebelakangan ni. minggu ni la senang cerita hati aku dah berbaur baur rasa tak enak itu ini. gundah dia cuma Tuhan je yang tahu. macam biasa, aku palsukan senyuman. kalau nak buat orang sekeliling gembira, jangan pernah tunjuk topeng syaitan. nanti semua lintang pukang buka langkah cabut. tak perlu la kot kalau nk tunjuk garang atau kuat dengan maki hamun, bagi orang gentar, cukup dengan senyuman perli. :)

jujrulah. dulu aku pernah jugak rasa ini. rasa nak berhenti dari semua. nk lari jauh dari keliling. aku nak sendiri senang kata, kawan tiada keluarga tiada, siapa pun tiada. bukan maksud mahu mereka pergi selamanya, maksudnya mahu sendirian buat sementara waktu. sendirian nak cari apa yang aku cari dalam dunia ni.kalau nak kata aku sendiri mengaku aku dh cukup, dapat apa semua aku hendak. kadang terlebih melimpah ruah.

kadang aku cuak nak luahkan pada siapa takut mereka salah erti. seorang pernah kata "air mata kau tu mahal. jangan senang senang limpahkan" aku diam kedu. benar katanya mungkin. jangan bagi keliling nampak kita lemah. kita rapuh. tapi kadang kalau terlalu sabar, kadang menitik air mata. tahankan diri dari marah. aku menangis. seksa perit menahan marah, menghentam kesabaran. bila selalu kena hentam lama lama lemau jugak dia. bila lama lama simpan aku tak nak ia berkumpul kemudian syaitan godak hati. cabar lagi kesabaran aku. tak mungkinlah aku boleh tampung beratus kali. kadang aku lempar. tapi bukan depan kekasih kekasih aku.

kadang kadang nak juga rasa di manja. di belai. tapi aku tahu aku tak mungkin dapat itu seperti mana yang aku lihat. kadang hati wanita aku selembut tisu. walau luar kau nampak sekeras batu. aku tak reti nak berpura. aku tak reti nak besarkan hal yang kecil. bukan cara aku. jadi aku terima apa yang aku dapat. aku syukur apa yang dikurnia. masih mampu buat aku ketar lutut.

tapi walau sebesar mana aku lukiskan senyuman di bibir, tak sama besar lukisan bibir bengkok di hati aku. di cacah manis biar aku perit. sungguh aku sendiri tak tahu macam mana nak aku buangkan semua rasa garis lintang negatif. boleh bantu aku keluar?

9 comments:

Anonymous said...

hm..sabar nabilah..sabar..ne sume dugaan dr Allah..sometime dugaan ne kte terpakse tmpuhi sorg2..tp sy tau awk kuat dr segi dlaman n luaran utk tmpuhi sume ne..awk just kena tenangkan pikiran n pikir cmne nk tmpuhi sume ne..n jgn wat bnde bkan2..wish you all the best..take cre..+_^

nur nabilah syazwani said...

kau xkan pernah faham apa yang aku rasa and aku takkan pernah jadi sebodoh itu nak buat benda bukan bukan. :) tak perlu risaukan aku. hati aku dh memang macam ni sejak dulu. kau tau? eh tak pernah tau.. :))

ichi said...

wah,baik nye nk nsht org...insaf ke?haha xyh nk jd bodo r tehegeh2 kt dy lg...phm!~

ichi said...

wah,pndai nsht org...insaf ke?haha xyh nk jd bodo r tehegeh2 kt dy lg...ada phm ka brade!~

Anonymous said...

oh,ok..xpela klu dh ckp mcm 2..thanx..

nur nabilah syazwani said...

b ni garang betul. hoho.. :p syg dia.. :)

ichi said...

garang la,aummmm..=)alahai...haha love u ten bdk gemok!muahahahaa polak+koyak=padan muko!~

nur nabilah syazwani said...

to that anon. tak payahla nk bersusah payah suruh aku bukak komen kau. cukupla. jangan malukan sape sape lagi. nanti nampak sangat. biarla aku dgn 'mamat bodoh' ni haa nk bersyg ke apa. janji bukan dgn kau. :) terima kasih.

ichi said...

aduhai,bejahit haaaa...=)~