Thursday, June 23, 2011

1.2.3.4.5.6 semua tak pernah faham.

salam semua ;)

sudah hari khamis. wahhh! hari yang indah. tak panas tak sejuk.. i loikee~ sesuai dengan jiwa aku yang kebelakangan ni agak kekacauan. tak sesudah kay, nak mengacau jiwa je. aku tak tahu nak mulakan macam mana. aku takut penulisan aku ni buat ade sesetengah pihak terasa. ahhhh! pedulikan la apa dia nak cakap. sebab aku tahu, aku cuma meluahkan. sila ingatkan aku sekiranya aku mula berkasar dalam penulisan.

semalam dan hari ni aku rasa bengkak di hati. makin aku simpan. makin aku sabar. makin melampau pulak. aku faham. kadang kadang kalau kita baik dengan seseorang tu tak semestinya kita boleh terima semua benda yang dia buat. bukan semua manusia sempurna. aku tahu, sebab aku juga begitu. tak sesempurna yang lain. cuma aku juga punya hati. kau tak boleh main langgar je semua walau aku kata aku kuat. tipu. hati aku senipis kulit bawang. bila kau langgar, koyakla dia. berjejer aku. kau orang jugak kaget tengok. jangan la sekali runtuhkan tembok kesabaran aku. jangan berani sentuh pun, aku takut goyah. jadi aku tekankan, JANGAN SESEKALI!

kau tengok aku senyum. kau tengok aku ketawa. kuat, bukan buat buat. tapi pernah kau lihat hati aku. pernah rasa peritnya luka bila menahan semua. duri duri mencacak tegak. pedih tahu. cabut keluar darah, biarkan pedih smpai mati. aku ambil keputusan. aku biarkan. aku telan semua buat buat macam aku ok. sebenarnya aku tak ok!

penat sebernarnya bila kita cuba faham hati seseorang. tak kira la siapa. ouh jangan ingat aku cerita ni hanya berkisarkan cinta, ini umum. keluarga, teman, cinta dan semua. aku jadi bengang kerana aku tak dapat nak luahkan isi hati aku. aku bengang aku tak dapat nak menangis. aku bengang! aku bengang! tak tahu mana aku nak hamburkan. bila aku cuba menangis, tak pulak keluar. simpan. makin bengkak. kalau nak luahkan, aku tak tahu siapa yang boleh faham. sebab yang rasa aku. dah kalau kadang kadang aku bagi muka kat kau, janganla kau henyak henyak kepala aku. kau lunyaikan hati aku. dah aku serahkan semua, jangan pulak kau ambil ringan semua benda. ingat aku juga punya perasaan! aku juga nak rasa macam mana dihargai. macam mana kau kasihkan dia, aku nak macam itu juga. kadang aku hanya lihat dari jauh, bayangkan. indah kan kalau dapat macam tu. apa boleh buat.

aku mengaku. aku kasar di luar. pergerakan aku semua hilang sopannya. bukan hilang terus, siapa yang kenal aku, tahula siapa aku. tak semua aku langgar. aku masih tahu batasnya. aku masih pegang apa yang perlu aku pegang. ada jugak yang aku langgar. ahhhh, sudahla. tapi bila nak bercakap tu, kadang kadang fikirla. sampai kalau kau dah mencaci aku itu dah melampau. aku jenis, kalau aku tak suka, aku sembur aje depan depan depan. kalau aku rasa aku terasa aku cakap aku terasa. kau tak boleh terima, kau jangan cakap. senang. tapi kalau aku buat kau, aku mintak maaf.

kadang hati aku berat. berat sangat sangat. sampai aku dah tak mampu nak pegang siapa untuk bantu aku tampung. sampai akhirnya semalam aku lepaskan jua. telinga si chinta jadi mangsa. maafkan jika kasar percakapan aku. itu maknanya memang aku dah sampai tahap kesabaran yang paling maksima. dan terima kasih, kamu juga yang buat aku senyum. harapan aku cuma janganla selalu hati aku begini kacau. dah, aku tak sanggup.

2 comments: