Wednesday, May 25, 2011

Restu Ibu dan Ayah :)

salam semua.. :)

saje saje nak update ape yang terbuku tersirat di hati kala sedang tunggu untuk render. :)

hari menginjak ke hari yang lain. masa pulak tak pernah pun sekali berhenti berdetik. leka memainkan tugas untuk mengingatkan kita yang sesungguhnya hari berganti. matahari tetap pegun melihat bulan dan bumi menari nari ganti mengganti. pejam dan celik sudah hampir dua bulan. satu pencapaian yang patut aku kagumkan untuk memaut kembali cinta untuk sampai ke hari mati.insya allah. :)

panjang lagi jalan, penuh peristiwa yang aku sendiri tak pasti apa. kebelakangan banyak yang terjadi. senyuman sentiasa menghiasi bibir. sebagai pelengkap seri untuk meniti hari hari. walau kadang ada mendung meniti, cepat cepat hilang dek pancar si mentari. aku syukur akhirnya aku dapat restu dari ayah dan ibu untuk bersama dia. untuk pertama kali dalam seumur hidup aku aku bersuara tentang cinta hati.

ibu sungguh tahu tentang aku dan Taufik. semua dia tahu. ibu tempat aku cerita suka aku sama sama dengan dia. cuma ayah sahaja belum. tapi semalam aku utarakan juga, aku mengaku dengan sekali ucap. apa yang keluar dari mulut ayah tak ku jangka. itu ucapan paling bernilai semalam. tak mampu di tukar ganti. telinga aku saksi. hati aku pasti. senyuman aku meleret sampai ke dahi. baru aku tahu apa itu senyum lebar.

" AYAH TAK KISAH ALONG DENGAN DIA JANJI ALONG PANDAI JAGA DIRI. BERKAWAN ELOK ELOK.."

apa yang aku titi, semua perlu restu. apa yang aku ingin seumur hidup aku, dah aku dapat. senang aku nak harung suka duka jika sama sama restu mengiringi. sungguh tak ku sangka. sungguh hati aku tak lagi sangsi. yang aku pasti insya allah semua nya baik baik belaka. :) TERIMA KASIH BUAT AYAH DAN IBU TERCINTA.

janji aku pada kalian takkan sekali aku lupa. akan aku pegang sampai pastinya hari itu datang. kalian cinta aku sampai syurga. :)

4 comments:

Anonymous said...

Congratulations..;)
i'm happy when u happy..;P
u take a good care of yourself..+_^

nur nabilah syazwani said...

thanx.. :)

ichi said...

i love my dear...~

nur nabilah syazwani said...

love u ten my boo.. ;)