Wednesday, April 27, 2011

senyum seindah SURIA.. :)

salam semua.. :)

hari ni 270411 sudah. aish cepat sungguh masa berlalu. subhanallah! dah nak masuk bulan 5 sekarang ni kan..macam macam benda jadi dala, bulan april. kalau orang cina kata bulan 4 tu bulan suwey cmtula. bulan untuk melawat orang mati. kata mereka. pasal tu nombor 4 slalu diorang tafsirkan no takde 'ong'.

tapi bagi aku bulan 4 ni ade suka ada duka. walaweh!! kau tamak sungguh semua kau nak. episod duka aku tak nk ungkap. dah mati di situ. biarlah. :) sepatutnya hari ini 3minggu. hey, suka hati la nk ingat tiap2 minggu ke ape. suka hatila. 3 minggu yang kembalikan senyuman aku. 3 minggu yang penuh dengan suka tanpa sikit pun duka mencela. setiasa terpamer senyuman ikhlas dari aku dan dia. tatkala lihat senyuman dia, semua awan mendung lari menarik kembali mentari. haish! indah. :) kalau aku boleh hentikan masa. kalau boleh jela. aku nak kekal indah macam tu sampai bila bila.

kan dah kata aku tak mahu indahnya pelangi sebab ia tak kekal. aku tak mahu manisnya madu kerana aku tahu manisnya pasti habis. aku mahu riangnya sinar mentari. kerana aku tahu ia sentiasa di situ menyinarkan sinarnya.riang dan hangat. bagaikan senyum ke arah aku. walau setebal mana awan melindungi, aku tahu di balik awan itu ada sinarnya yang bisa aku lihat.

dari semalam, awan selalu mendung. langit kelabu. mentari seolah menyorok tak mahu aku lihat pancaran dia. tak ku lihat keikhlasan pada sinaran dia. terlalu pura mungkin. ku tahu mentari ada sesuatu. sesuatu yang hanya dia tahu. aku akui, aku silap. aku pohon keampunan dari mentari. sinarnya kembali terang walau aku rasa ada sesuatu di balik sinarnya. entahla aku tak pasti. jam 4 pagi. *tgk 4 lagi..huhu* seawal itu aku bangkitkan mentari. walau bukan masanya lagi untuk dia menyinar. lupa.lupa.lupa. ketawa aku. ketawa. tidak mengapa.. ^______________^

dah aku jangka. mentari tak muncul pagi ini. hanya awan mendung menyapa aku. melihat aku. mungkin dia mahu kali ini aku turut serta menjadi awan mendung. jangan pula disusuli hujan. cuma itu pintaku. selagi aku masih mampu kekalkan metari palsu di bibir, selagi itu, hujan hanya kekal aku yang tahu. doaku, agar mentari cepat kembali bersinar. aku rindukan kamu sayang. :)

1 comment:

bidadari cinta said...

akak suke no 4.... hehe..